Adat resam dan bangsa melayu,
dua perkara yang tidak dapat di pisahkan. Bahkan adat sangat berpengaruh dan menjadi
perkara yang di utamakan dalam kehidupan mereka, sehinggakan muncul satu
pepatah yang berbunyi, “ Biar mati anak, jangan mati adat”
Kelahiran
Bermula dari kelahiran,
hinggalah kematian, adat sangat memainkan peranan penting dalam menjayakan
upacara-upacara tersebut. Bermula dari saat sang ibu mengandung, mengikut adat
melayu, mereka haruslah mengikuti upaca melenggang perut yang mana ianya
bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi
di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim.
Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam
perut.
Kemudian pula bila sampai
saat kelahiran, sang bayi akan di sambut dengan upacara menyambut kelahiran. Mengikut
adat dan kepercayaan Melayu, barang-barang persiapan untuk menyambut kelahiran
bayi seperti peralatan bayi, buaian, mandian dan pakaiannya tidak boleh
disediakan selagi kandungan ibu belum mencukupi lima bulan. Ini kerana
dikhuatiri sesuatu yang buruk akan menimpa bayi tersebut, seperti keguguran
ataupun mengikut kepercayaan akan dicuri Orang Bunian.
Perkahwinan
Apabila sang anak meningkat
dewasa pula, sudah semestinya mereka teringin untuk berumah tangga. Bermula dari
merisik, bertunang, belanja , akad nikah sehinggalah bersanding, semuanya tidak
lepas dari adat-adat orang melayu. Contonya, upacara yang paling popular dalam
tempoh ini adalah bab belanja dan penghantaran. Dek kerana kebanyakkan anak
perempuan kini ramai terdiri daripada golongan berpendidikan, maka nilai mas
kahwin juga akan di nisbahkan pada taraf pendidikan itu. Semakin tinggi tahap
pendidikan anak gadis itu, maka semakin tinggilah jumlah hantaran dan mas
kahwin yang di tetapkan.
Kematian
Dan yang paling akhir
sekali adalah bila melibatkan kematian. Antara upacara adat yang di lakukan
oleh masyarakat melayu adalah meletakkan sebuah kacip pinang melintang
di atas kain yang menutupi mayat itu, di tengah antara perut dengan dadanya.
Tujuan ianya dibuat begitu, ialah kononnya untuk menegah mayat itu daripada
dilangkah hantu atau syaitan.
Kemudian selesai
sembahyang mayat, biasanya diedarkan sedekah berupa wang atau benda contohnya
seperti kain pelekat kepada mereka yang telah menyembahyangkan mayat itu tadi.
Dan yang
terakhir sekali, dari zaman-berzaman hingga ke sekarang ini telah dijadikan
adat resam Melayu mengadakan kenduri arwah, pada hari-hari ketiga, ketujuh,
keempat belas, keempat puluh dan keseratus kemudian selepas hari mati itu dan
kadang kala setiap tahun mengadakan kenduri arwah sebagai tanda memperingati si
mati sambil mensedekahkan doa-doa yang merupakan rezeki atau makanan mereka di
hari akhirat.
**********
Namun,
pernahkah kita terfikir, apakah adat resam masyarakat melalui ini bertepatan
dengan tuntutan agama kita, yakni agama Islam. Contohnya dalam bab menyambut
kelahiran, benarkah sekiranya kita membeli barangan bayi sebelum mencukupi 5
bulan tempoh pengandungan sang ibu akan membawa bencana kepada sang bayi?
Bukankah
perkara ghaib itu di luar keupayaan kita?
Apabila Adat membebankan ibadat
Begitu
jugalah dalam soal perkahwinan dan kematian. Bila adat di dahulukan, maka akan
lahirlah ketidak selesaan atau beban kepada umat Islam menjalankan ibadat. Perkara
yang mudah akan di rasakan susah.
Contohnya
dalam hal perkahwinan, sebagaimana yang kita ketahui, mendirikan masjid
merupakan salah satu ibadat yang di tuntut dalam islam, bahkan ianya menjadi
penghalang untuk seseorang Muslim itu berbuat maksiat kepada Allah. Seperti mana
sabda Rasulullah saw :
"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara
kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan
berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"
(Riwayat
Muslim, Kitab Nikah)
Mengikut pandangan ulamak, yang di maksudkan
berkemampuan di sini adalah berkemampuan dari sudut perkahwinan, bukannya
berkemampuan untuk mengikut adat resam yang sangat berat yang telah di tetapkan
oleh masyarakat setempat.
Samalah jua dalam bab kematian, asalnya memberi
sedekah itu suatu ibadah yang di tuntut oleh Allah, namum membayar upah untuk
orang melakukan sembahyang mayat itu membebankan keluarga si mati, bahkan ianya
di larang oleh agama dalam mengupah orang dalam melakukan ibadah.
Bahkan samalah juga dalam bab kenduri arwah,
mungkin tidak menjadi kesalahan untuk seseorang itu melakukan kenduri arwah
demi memperingati ahli keluarganya meninggal dunia, namun tiada dalil dalam
agama Islam yang mengkhususkan masa untuk melakukan ibadat kepada Allah. Contohnya
dalam kenduri arwah, menjadi adat resam orang melayu menentukan waktu yang
khusus untuknya, seperti malam ke tiga, malam ke tujuh, malam ke empat belas,
malam ke empat puluh dan malam ke seratus. Bukankah hanya Allah yang berhak
untuk menentukan tempoh-tempoh itu dalam melakukan ibadat.
Baik di sisi kita tidak semestinya baik di sisi
Allah
“Ala
ustaz ni, sibuk je nak menegur orang yang nak beribadah kepada Allah, yang
terang-terang buat maksiat tu tidak pula di pedulikannya”
Dialog
yang biasa kedengaran bila mana seseorang ustaz mahupun ahli ibadah di tegur
ketika mana mereka beribadah tanpa bersumberkan dalil-dalil yang khusus dari
Al-Quran mahupun As-Sunnah. Namun betulkah hujah mereka ini, apakah mereka
terlupa akan sebuah hadith yang menceritakan bagaimana baginda menegur tiga
orang sahabat yang mahu berlebih-lebihan dalam melakukan ibadat.
Ada kisah tiga orang sahabat yang
mendatangi rumah istri-istri Rasulullah demi menanyakan bagaimana beliau
Shalallahu ‘alaihi wa Sallam beribadah. Setelah mereka bertiga diberitahu
tentang hal tersebut mereka merasa minder, lalu berkata, “Kita ini siapa
dibandingkan dengan Rasulullah?! padahal beliau seorang yang telah diampuni
dosa-dosanya baik yang lalu maupun yang akan datang.”
Kemudian salah seorang dari mereka
bertiga berkata, “Kalau begitu aku akan shalat malam terus menerus (dan tidak
tidur).”
Yang satunya lagi berkata, “Adapun aku, aku akan berpuasa seharian penuh dan
tidak berbuka.”
Yang lainnya lagi berkata, “Kalau aku, aku akan memisahkan diri dari wanita dan
tidak akan menikah selamanya.”
Kemudian Rasulullah mendatangi mereka seraya bertanya, “Apakah kalian yang tadi
berkata demikian dan demikian?!. Adapun aku, demi Allah, sungguh aku adalah
orang yang paling takut dan bertakwa kepada Allah di antara kalian. Akan tetapi
bersamaan dengan itu, aku berpuasa dan aku pun berbuka. Aku shalat dan aku pun
tidur. Aku pun menikah dengan para wanita. Dan siapa saja yang tidak suka
dengan sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.” (HR. Muslim).
Bukankah melalui hadith ini kita dapat lihat,
baginda Rasulullah saw bukan sahaja menegur mereka yang melakukan maksiat,
bahkan baginda juga menegur di kalangan ahli ibadah yang melampau-lampau dalam
melakukannya.
Islam
telah di sempurnakan
Lalu, atas alasan apakah lagi golongan ini mahu
menegakkan hujah-hujah mereka. Bukankah Allah telah berfirman :
“……..pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu,
dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu
menjadi ugama untuk kamu. ……..” (Al-Maaidah 5:3 )
Dan sabda Rasulullah saw
:
عَنْ أُمِّ المُؤْمِنِيْنَ أُمِّ عَبْدِ اللهِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْ هِ
وَسَلَّم : (( مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ )) . رواه البخاري ومسلم وفي روایة لمسلم: ((مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَليهُ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
Daripada Ummu Al-Mukminin Ummu
Abdullah ‘Aisyah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya,
maka ia tertolak.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan
al-lmam Muslim.)
Hisyam Ahmad,
Mu’tah Jordan.
30/12/2011 @ 5 Safar 1433h