Pages

Wednesday, October 21, 2009

Apabila Maksiat Sudah Menjadi Adat




15

tahun yang lepas…..

Bertentang mata sudah di anggap zina paling besar dal

am kehidupan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, apatah lagi bila di ajak keluar makan bersama.

10 tahun yang lepas…..

Keluar makan bersama antara lelaki dan perempuan su

dah di aggap tidak berdosa selagi mana mereka tidak keluar berdua-duaan yakni mereka keluar berkumpulan.

5 tahun yang lepas….

Lelaki dan perempuan yang berdating di kawasan awam tidak di anggap berdosa, kononnya kerana tidak berdua-duaan.

Masa kini….

Bercouple sudah tidak di anggap dosa besar selagi mana ia tidak menjerumuskan

diri kit

a kearah penzinaan.

5 Tahun akan datang…

Berzina sudah boleh di anggap tidak berdosa selagi mana perempuan itu tidak mengandung, bunyinya agak kasar, tapi semua ini mungkin boleh di realisasikan bila mana maksiat sudah di anggap sebagai adat…

Sebelum aku mengakhiri coretan kali ini, ingin sekali aku mengajak pembaca dan diriku sendiri terutamanya .

  1. Apakah respon kita apabila melihat orang melakukan maksiat di muka bumi ALLAH ini?
  2. Apakah kita perasaan atau tanggapan maksiat itu sebagai adat telah meresap pada diri kita?
  3. Atau adakah kita sendiri telah menjadikan maksiat itu sebagai adat?

Saturday, October 17, 2009

Bencana Alam atau Bala?

“ Tuhan sengaja bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan. Mereka pun bergembira dan bersuka ria dengan segala nikmat kurniaan, lalu Tuhan timpakan mereka secara mengejut dengan bala bencana yang membinasakan, maka mereka pun berputus asa daripada mendapat sebarang pertolongan.” Hadis riwayat Ahmad

Begitulah lumrah hidup kita di dunia ini, bila kesenangan melimpah datang kepada kita, kita makin lupa akan kehebatan Sang Pencipta.Kita merasakan diri kita adalah segala-galanya,dan bercakap pasal kesenangan yang melimpah ruah ini, semestinya pernah terdetik di minda kita, kenapa ALLAH masih mengurniakan “rahmat” dan rezeki yang melimpah ruah kepada golongan kafir, sedangkan membiarkan orang-orang beriman dan taat kepadaNya dalam keadaan yang miskin dan susah.

Namum wajarkah kita bersikap sedemikian dengan Sang Pemberi Rezeki. Bukankah itu suatu dosa besar? walaubagaimanapun inilah hakikat hidup di dunia ini. Bab kata seorang pujangga islam, “ dunia ini merupakan neraka bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir”

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.
(Al-Ankabut 29: 2,3)













Sebelum dan selepas gempa.



Begitulah nasib yang telah menimpa saudara-saudara kita di Padang, Indonesia. Allah telah menurunkan satu bencana yang dahsyat untuk diterima oleh manusia yang lemah ini. Mereka sebelum ini Allah telah bukakan pelbagai pintu sumber kemewahan kepada mereka, yang membuatkan mereka terus hanyut di bawa arus dunia. Bab kata pepatah melayu, “di sangkakan panas hingga ke petang, tapi rupanya hujan di tangah hari”. Namun kes di Padang Indonesia ini bukan lagi setakat hujan, namun di selangi dengan “guruh dan halilintar” sekali. Peristawa gempa bumi yang cukup dasyat itu telah mengubah landscape Padang yang sebelum ini terkenal sebagai salah satu tempat pelancongan yang menarik di Indonesia kepada sebuah negeri yang tidak ubah bersifat padang jarak padang terkukur.

Persoalannya, mengapakah ini semua terjadi, adakah ini kerana sudah menjadi aturan alam atau lebih tepat bencana alam? Atau ianya merupakan bala yang di kirimkan oleh Allah kepada hambanya yang sentiasa melupakannya?
Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusi, supay Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).
(Ar-Ruum 30:41)

Namun manusia seakan-akan melupakan kenyataan yang telah ALLAH rakamkan melalui firmannya ini. Manusia dengan rakus membuat kerosakkan di muka bumiNya, demi memenuhi tuntutan nafsu mereka. Mereka tidak pernah memikirkan kesan yang bakal mereka tanggung akibat perbuatan mereka itu. Tidak cukup membuat kerosakkan pada hasil bumi, mereka juga merosakkan akhlak penduduk-penduduk(terutama yang Islam) dengan menganjurkan pelbagai maksiat di sana sini. Mereka menjadikan maksiat berleluasa di muka bumi ini. Ajaran agama sudah semakin jauh dalam kehidupan mereka, maka tidak mustahillah Allah mengirimkan semua ini pada mereka.

Walau bagaimanapun, seperti yang kita ketahui, setiap bencana yang di kirimkan olehNya merupakan salah satu cara Allah mengkifaratkan dosa hamba-hambaNya yang beriman semasa di dunia sebelum mereka kembali menemui Allah di akhirat kelak, agar mereka dapat kembali kepadaNya dalam keadaan yang bersih sepertimana di saat kelahiran mereka dahulu. Begitulah menunjukkan betapa pemurahnya sifat Allah terhadap hambanya, namun sedikit sangat hambaNya yang mahu mengambil pengajaran di atas setiap perkara yang terjadi di sekitar mereka.

Sebelum aku mengakhiri coretan kali ini, ingin ku mengetuk minda pembaca-pembaca sekalian (termasuk diri ini) dengan beberapa persoalan:
1- Mengapakah agaknya kita sering terdengar negara-negara yang majoritinya umat islam sering kali di landa bencana (bala)?
2- Mengapa Allah tidak memelihara kawasan yang majority umat Islam ini?
3- Dan yang terakhir, kita(Malaysia) sering kali melihat negara-negara jiran kita di timpa berbagai bentuk bencana atau musibah, namun pernahkah kita ingin mengambil pengajaran dari setiap kejadian menimpa mereka?

Sunday, October 11, 2009

Sesuaikah Pengiktirafan Ini



“OSLO — U.S. President Barack Obama won the Nobel Peace Prize on Friday for giving the world "hope for a better future" and striving for nuclear disarmament.”



Antara satu dari beribu-ribu laporan yang di sediakan oleh akhbar-akhbar di pelosok dunia ini. Apa yang menarik perhatian aku pada laporan akhbar dari The Moscoc Time ini ialah “hope for better future and striving for nuclear disarmament”. Sejauh mana hope for better future dan striving for nuclear disarmament tu menjadi visi Obama. Atau hanya setakat kata-kata begini yang telah menyumbangkan hadiah Nobel Keamanan kepada beliau.



Obama declared, "So today, I state clearly and with conviction America's commitment to seek the peace and security of a world without nuclear weapons." In a speech in Prague in April


Mungkin sebelum kita persoalkan kewajaran Obama menerima anugerah ini, elok kita perhatikan beberapa komen penduduk dunia lain terhadap peristiwa ini.


"The Nobel prize for peace? Obama should have won the 'Nobel prize for escalating violence and killing civilians'," Zabihullah Mujahid, a Taliban spokesman, told the Reuters news agency.
Ismail Haniyeh, Hamas prime minister in Gaza, said: "Unless real and deep-rooted change is made in American policy towards recognising the rights of the Palestinian people, I would think such a prize would be useless."


Liaqat Baluch, a senior leader of the Jamaat-e-Islami, a religious party in Pakistan, said: "It's a joke. How embarrassing for those who awarded it to him because he's done nothing for peace.


"What change has he brought in Iraq, the Middle East or Afghanistan?"
"Obama's winning the peace prize shows these prizes are political, not governed by the principles of credibility, values and morals," he told Reuters.


"Why should Obama be given a peace prize while his country owns the largest nuclear arsenal on Earth and his soldiers continue to shed innocent blood in Iraq and Afghanistan?" - Khaled al-Batsh-


Lihat sahaja kepada beberapa komen yang di atas sudah jelas menunjukkan bahawa penganugerahan kepada Obama ni sesuatu benda yang bermotifkan politik. Kemenangan yang di iktiraf hanya sekadar berkata-kata tanpa melaksanakannya.





Sangat bertepatanlah dengan sabda baginda nabi Muhammad (SAW) yang bermaksud:



“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani


Dan sememangnya makin hampirlah kita dengan kiamat apabila dunia-dunia di kuasai oleh Luka’ Bin Luka’. Penghargaan tidak lagi di beri pada yang sepatutnya. Namun Obama bukanlah satu-satunya manusia yang menerima penghargaan tanpa haknya. Ramai lagi manusia lain yang senasib dengan Obama, contohnya di tanah air kita sendiri, golongan cerdik pandai semakin hari semakin hilang “power” mereka dalam mempengaruhi masyarakat sekeliling.


Bumi Malaysia sekarang sudah di tawan oleh golongan-golongan yang menjadikan lirik-lirik syaitan sebagai zikir mereka, dunia bintang begemerlapan menjadi asas hidup mereka, syarikat-syarikat rakaman telah di iktiraf sebagai kuasa pemberi rezeki kepada mereka. Mana tidaknya, sekarang semua remaja berlumba-lumba untuk menjadi artis, sebab tawaran yang di sediakan amat lumayan. Wah hebat sungguh perancangan musuh Allah untuk menghancurkan generasi muda islam kini.


Konco-konconya pula apa kurangnya, demi membuktikan lagi yang dunia artis ni meme menjanjikan seribu satu kebahagia dan kejayaan, mereka mengadakan pelbagai majlis pengiktirafan sesama mereka, tidak cukup dengan itu, ada la lagi pihak sengal yang mengurniakan darjat kebesaran kepada golongan ini. Aku pun naik pening, apa sebenarnya sumbangan golongan artis ini kepada remaja-remaja kita. Apakah sebab mereka telah berjaya mengajak remaja sekarang menjerumus diri ke dalam kancah maksiat? Atau kerana mereka berjaya meruntuhkan akhlak-akhlak remaja kita? Atau sebab apa sebenarnya mereka di iktiraf?



http://english.aljazeera.net/focus/2009/10/2009109134557808939.html
http://www.themoscowtimes.com/news/article/387124.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers