Pages

Thursday, November 26, 2009

Korban, Terkorban dan Pengorbanan



Korban

Alhamdulillah, bersyukur kita pada Allah kerana masih lagi di panjangkan umur dan di beri kesempatan untuk menyam

but salah satu antara dua perayaan besar dalam calendar islam, iaitu Aidiladha. Atau lebih di kenali dengan nama raya korban.

Sejarah ringkas yamng menjadi titik tolak kepada permulaan ibadah ini, bermula seawall sejarah kemunculan manusia di muka bumi Allah ini lagi, iaitu di zaman nabi adam, di ikuti zaman nabi Ibrahim dan seterusnya nabi Muhammad.

1-Pada zaman Nabi Adam, korban dilaksanakan oleh anaknya, Qabil dan Habil. Menurut sejarah, kekayaan yang dimiliki Qabil mewakili kelompok golongan petani, sedangkan Habil mewakili kelompok penternak. Pada waktu

itu, sudah mula ada perintah, sesiapa yang memiliki harta banyak, maka sebahagian hartanya hendaklah dikeluarkan untuk korban.

Hal itu diungkapkan dalam firman Allah yang bermaksud:

“Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua-dua anak Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika mana kedu

a-duanya mempersembahkan ibadat korban, maka diterima daripada salah seorang dari mereka berdua (Habil), dan tidak diterima daripada yang lain (Qabil). Lalu ia berkata: Aku pasti membunuhnya (Habil).” (Surah al-Maidah, ayat 27)

2- "Maka tatkala sampai (pada usia

sanggup atau cukup) berusaha bersama Ibrahim, Ibrahim berkata : Hai anakku aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka pikirkanlah apa pemdapatmu " Ia menjawab: "hai bapakku kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insyaallah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar". Ash Shaffaat : 102

Keikhlasan dan ketaatannya diberi im

balan oleh Allah, Allah menyelamatkan Ismail dan menggantikannya dengan seekor kibasy. Peristiwa korban itu memberikan teladan, untuk meraih kemuliaan pastilah dilalui dengan pengorbanan.

3- Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu, maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang membenci engkau, dialah yang terputus (daripada mendapat perkara yang diingininya).” (Surah al-Kauthar, ayat 1-3)

Terkorban

Boleh dikatakan bukan setakat lembu je yang terkorban di pagi aidiladha, bahkan manusia yang di kurnia akal fikiran juga menjadi mangsa korban oleh agen-agen peruntuh akhlak masyarakat islam di Malaysia. Mana tidaknya, bermula seawal pagi raya lagi, umat islam di Malaysia sudah di sajikan dengan pelbagai bentuk rancangan istimewa semperna menyambut aidiladha. Maka terpacaklah anak beranak kita di depan televisyen sampai habis rancangan rancangan yang di siarkan.

Bermula dari seawal pagi hinggalah kemalam hari, pelbagai jenis rancangan mendiami saluran-saluran televisyen di Malaysia, dari yang bercorakkan agama, bermotifkan kekeluargaan hinggalah yang bersifatkan hiburan melampau, semua menjadi pilihan mereka. Almaklum la, 1 Malaysia, Agama di dahulukan, Hiburan di utamakan.

Maka kita boleh melihat sendiri masa yang sepatutnya di isi dengan aktiviti ziarah menziarahi bagi merapatkan hubungan silaturahim antara kita sudah terkorban begitu sahaja di depan kaca televisyen.

Pengorbanan

Pengorbanan paling besar dalam kehidupan kita ini ialah bila kita sanggup menyerahkan jiwa dan raga kita sepenuhnya kepadaAgama kita, iaitu agama Islam. Di tekankan lagi sekali, pada agama kita, bukan bangsa kita.

Jika di era zaman kegemilangan Islam dahulu, kita dapat tengok pemuda-pemuda yang begitu mencintai agama mereka (Islam) dan pengorban mereka ktika mana mahu mempertahankan baginda besar Muhammad S.A.W.,

Contohnya kesanggupan saidina Ali a.s. menggantikan tempat tidur nabi sewaktu malam berlakunya peristiwa hijrah. Tanpa mempersoalkan kerasionalan arahan yang beliau terima dari nabi Muhammad s.a.w. dan tidak pernah mengutamakan keselamatan diri sendiri melainkan keselamatan kekasih Allah itu yang terutama.

Begitu juga sikap yang di tonjolkan oleh dua orang kanak-kanak yang berebut-rebut untuk membunuh Abu Jahal kerana keceluparan dan kejahatan Abu Jahal terhadap nabi Muhammad s.a.w. Mereka itu tidak lain dan tidak bukan Muaz Ibn Amr Ibn Jamuh dan Mua’dz Ibn Harith.

Kejadian ini di rakam dalam lipatan sejarah melalui Perang Badar pada tahun ke 2 hijrah. Semangat cintakan Rasulullah jelas terpancar pada peribadi mereka berdua, Mereka begitu menyintai baginda junjungan besar sehingga tidak boleh langsung mendengar musuh-musuh agama Allah mencerca atau menyakitkannya.

Namun persoalannya kini, masih adakah lagi generasi muda yang mempunyai sikap sedemikian, yang mempunyai sensitiviti yang tinggi bila mana mendengar nama kekasih Allah itu di hina atau di caci? Atau generasi muda sekarang ini tidak lain hanya generasi yang memang di lahirkan untuk menentang ajaran yang di bawa oleh nabi Muhammad s.a.w.?

Sekadar komentar dari seorang manusia yang baru mengenali erti sebenar kehidupan

1- Korban- Nilai sebenar ibadah korban dalam masyarakat umat islam hari ini makin terpesong dengan tuntutan agama, korban kini tidak ubah seperti amalan-amalan tradisi turun temurun.

2- Terkorban- Kalau di Negara palestin, kita boleh lihat ramai anak muda mereka terkorban kerana mempertahankan agama dan tanah air Malaysia, namun berbeza di Malaysia, ramai ana muda terkorban kerana mahu menjual maruah agama dan bangsa mereka.

3- Pengorbanan- Jika di era kegemilangan Islam dahulu, ramai penganutnya mengorbankan diri mereka demi mempertahan Agama mereka terutama golongan pemerintah, berbeza dengan masa sekarang, pemerintah yang selalu mengatakan diri mereka pembela Agama, namun pada masa yang yang, satu persatu prinsip dan maruah islam menjadi korban demi mencapai kepentingan mereka.

Sunday, November 22, 2009

BILA IA SUDAH MENJADI KEBIASAAN


Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim. Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.
(hadith34 Hadith 40- iman nawawi)

Agak-agaknya dimana tahap iman kita (terutama pada diri sendiri) sekarang? TANGAN (kuasa)? LIDAH? HATI? Atau memang tidak ada dalam senarai ini? Cuba kita sama-sama muhasabah diri kita berdasarkan kisah realiti yang memang berlaku dalam kehidupan kita ini.

Tahun-tahun kebelakangan ini, umat islam di Malaysia, terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak, mereka telah di sogokkan dengan program-program ‘realiti’ hiburan yang telah menawarkan pelbagai hadiah-hadiah menarik di samping dunia glamor telah di janjikan kepada sesiapa yang berminat.

Maka berduyung-duyunglah anak-anak muda melayu islam yang berfikiran pendek(betulkah?) menyahut cabaran tersebut. Kerana bagi mereka, dunia artis merupakan suatu dunia yang menjanjikan kemewahan dan peluang rezeki yang cukup luas bagi meneruskan sisa-sisa hidup mereka, modalnya cukup mudah berbanding profesion yang lain. Sijil pendidikan? Tidak diperlukan, Sijil agama? Apatah lagi… Apa yang mereka perlu adalah, Sedikit muka yang tebal, wajah yang ayu (betulkah?), suara yang lunak (hmmm?) potongan badan yang cukup (?????).

Benarkah dunia artis menjanjikan kebahagian dan kejayaan? Atau hanya dunia yang hanya padanya terdapat 1001 satu cabang maksiat? Hmm Ok, kita kembali kepada tujuan utama post ini di tulis, biarkan mereka dengan dunia mereka(tapi bolehkah?). Di mana tahap iman kita dalam menghadapi situasi di atas? Tahap TANGAN ke? Hmm, mungkin ada yang memberi alasan, macam mana kami nak tegah (hentikan) program ini, kami tiada kuasa, kami bukannya pemerintah..(????)

Ok, kita turunkan sedikit tahap iman kita, tahap LIDAH ke? Hmm, masih ada lagi suara-suara sumbang yang tengelam timbul member alasan, “kami tiada ilmu, macam mana kami nak ajak (tegah) diorang dari terus menceburi alam maksiat itu, kami bukannya ustaz/ustazah” Atau mungkin iman kita berada di tahap ke 3 (selemah-lemah iman), HATI.

Namun ada lagi yang berani bersuara, “ala, kami tengok je, kami tak pernah undi pun, lagi pun kalau kami tak tengok pun, rancangan ini tetap berlangsung” Jadi, agak-agaknya di mana lagi kedudukkan iman kita ya?

*sekadar perahan otak di kala umat melayu (islam) makin leka dalam dunia hiburan, dan menjadikan lirik2 lagu sebagai gantik lirik2 ALLAH, moga-moga dapat member manfaat kepada semua, segala teguran atau kritikan di alu-alukan.


'ia' di sini membawa maksud kemaksiatan.

Sunday, November 15, 2009

Bangau oh Ular

Bangau oh bangau mengapa engkau kurus?

Macam mana aku tak kurus ikan tak mahu timbul
Ikan oh ikan Kenapa tak mahu timbul?

Macam mana aku nak timbul rumput panjang sangatRumput oh rumput Kenapa panjang sangat?

Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan aku Kerbau oh kerb

au Kenapa tak makan rumput?

Macam mana aku nak makan perut aku sakit
Perut oh perut mengapa engkau sakit?

Macam mana aku tak sakit makan nasi mentah
Nasi oh nasi mengapa engkau mentah?

Macam mana aku tak mentah kayu api basahKayu oh kayu mengapa engkau basah?

Macam mana aku tak basah hujan timpa aku
Hujan oh hujan Kenapa kau timpa kayu?

Macam mana tak timpa kayu katak panggil aku
Katak oh katak mengapa panggil hujan?

Macam mana aku tak panggil ular nak makan aku
Ular oh ular Kenapa nak makan katak?

Macam mana aku tak makan memang makanan aku, memang makanan aku

Boleh di katakan sewaktu kecil-kecil dulu lagu ini sering menjadi teman kita dalam melayari kehidupan sebagai kanak-kanak. Dan di waktu itu kita terutama aku sendiri hanya pandai mendendangkan tanpa mengetahu terdapat seribu satu unsur pengajaran yang hendak di sampai oleh manusia yang mencipta lirik tersebut.Namun usia kita semakin meningkat bertepatan dengan peredaran masa, dan tentulah juga cara kita berfikir amat berbeza berbanding ketika kita kecik dulu.

Kita bersikap seperti Bangau Atau Ular?

Bangau atau ular, dua sikap yang biasa di miliki oleh manusia yang berlegar di sekeliling kita dan termasuklah diri kita sendiri, bertanggungjawab atau selalu menyalahkan orang lain dalam setiap kali kegagalan kita melaksanakan sesuatu kerja. Kita masih lagi berbangga dengan sikap ke’bangau’an kita yang selalu menyalahi orang sekeliling apabila berlaku suatu konflik berbanding bersikap seperti ular yang mengakui kesalahannya atau dengan kata yang lebih mudah merupakan golongan yang bertanggungjawab atas tindakannya.

Dan itulah sebenarnya sikap yang di miliki oleh pe

mimpin kita sekarang, mereka jarang mahu mengambil pendekatan seperti sang ular bila mereka di kritik atas kegagal gerak kerja mereka, tetapi mereka menyalahkan orang sekeliling terutama musuh-musuh politik mereka. Dan tidak mustahillah bila mana rakyat atau pengikut yang di bawahnya juga turut mengambil pendekatan bersikap sedemikian.

Namun sejauh mana tabiat saling salah menyalahi ini harus berlarutan, adakah sampai keperingkat akar umbinya, atau sehinggga keperingkat rakyat jelata bawahan? Sama-samalah kita mengambil pengajaran dari firman Allah ini.

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), Karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”

Al hujuurat 12

Wassalam…

Monday, November 2, 2009

Sejarah dan Kita v1





gentarasa berkata,

12 Oktober 2009 pada 12:35 pm

Salam,
Sahih hisyam. Sejarah itu sentiasa berulang. Sebab itu Al Quran memaparkan sejarah – untuk kita mendapat ibrah. Watak yang dulu dan kini sama, cuma pelakon sahaja berbeza. Kita pilih jadi pelakon yang mana? Hero atau crook? Ya Allah, Engkau maha Kasih, pilihlah kami untuk menteladani para Rasul, nabi, siidiqin Syuhadak dan solehin. Amin.

Tetiba aku teringat akan respon yang di berikan oleh ustaz Pahrol Mohamad Juoi bila mana aku mengunjungi blog beliau (GENTA RASA) beberapa minggu yang lalu. Benarlah kata beliau yang sejarah itu sentiasa berulang dan pasti berulang, sama ada kita bersedia atau tidak untuk menerimanya.

Kita sedang mengulangi sikap orang yahudi lampau

Tidakkah kamu memperhatikan orang-orang yang telah diberi bahagian yaitu Al Kitab (Taurat), mereka diseru kepada kitab Allah supaya kitab itu menetapkan hukum diantara mereka; kemudian sebahagian dari mereka berpaling, dan mereka selalu membelakangi (kebenaran). (QS. 3:23)

Terang-terangan Allah telah memberi peringatan kepada umat islam kini berdasarkan sikap segolongan besar orang terdahulu (yahudi dan nasrani) yang berpaling dari kebenaran yakni dari mengimani kitab-kitab terdahulu; Taurat. Bermula dari sebuah bangsa yang tinggi kemuliaanya berubah kepada bangsa yang terhina di paksa menjadi hamba abdi kepada firaun.

Semuanya gara-gara mereka meninggalkan ajaran yang di bawa oleh nabi mereka, bahkan bukan sekadar tidak mahu mengambil pengajaran tapi mereka dengan angkuh menentang utusan Allah itu sehingga sanggup membunuh nabi-nabi tersebut.

Dan begitu juga lah situasi yang melanda umat islam kini, walaupun Allah telah memuliakan mereka dengan islam,tapi mereka masih lagi memilih cara hidup atau pegangan yang lain kononnya lebih baik dari islam.

Agama cuba di asingkan dari kehidupan

Kita sering mendengar istilah sekularisme, yang mana suatu fahaman yang di cipta oleh sekolompok manusia yang cuba memisahkan urusan dunia dengan urusan agama. Kerana bagi mereka urusan agama hanya melibatkan golongan ustaz-ustazah yang berlegar di masjid dan surau sahaja, manakala urusan dunia (pentadbiran, politik, dan ekonomi) terserah kepada golongan yang lain.

Mereka cuba menyempitkan pengertian islam dalam ruang lingkup seharian kita, bagi mereka islam itu hanya ibadah kepada ALLAH semata-mata, seumpamanya sembahyang, puasa, zakat dan haji. Mereka cuba menyamakan pengertian islam seperti agama-agama lain, contohnya seperti kristian. Bagi penganut kristian, istilah agama itu hanya meliput ibadah semata-mata.

Namun islam mempunyai pengertian yang berbeza. Islam bukan setakat menyentuh aspek ibadah semata-mata, namun islam itu merupakan suatu cara hidup yang lengkap. Yang mana menyentuh semua aspek dalam kehidupan seharian kita, bermula dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Contohnya dalam hal membuang air kecil pun islam mengajar kita bagaimana cara yang betul, lalu apatah lagi dalam hal-hal besar yang lain seperti cara memerintah, cara berekonomi dan seangkatannya.

“Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin” (Al-Maidah : 50)

Pemimpin-pemimpin islam sekarang lebih berbangga dengan hukum-hukum dan pelembagaan yang di cipta oleh manusia berbanding hukum-hakam yang telah di sediakan oleh Allah. Bagi mereka hukum-hakam Allah sudah tidak sesuai untuk di laksanakan di zaman ini kerana telah ketinggalan zaman, tidak kurang pula yang mendakwa bawaha hukum-hakam dalam al-quran tidak adil dan bersikap zalim kepada manusia.

Mulianya kamu kerana islam

Berkata Saidina Umar al-Khattab;

"Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, maka apabila kita mencari kemulian yang lain daripada Islam, nescaya kita akan dihinakan oleh Allah.."

Maka tidak menjadi kepelikkanlah sekiranya umat islam pada zaman ini terus hidup dalam keadaan yang tertindas dan selalu di tekan oleh musuh-musuh di sekeliling, ini di sebabkan sikap mereka sendiri terhadap islam itu. Mereka cuba mengantikan islam dengan pendekatan-pendekatan yang baru seperti pendekatan bangsa, 1 malaysia dan ada juga yang cuba membawa pendekatan baru kononya dengan menjenamakan semula islam itu sendiri.

Beginilah jadinya bila mana makhluk yang di cipta dengan begitu sempurna namum gagal menggunakan kelebihan itu untuk mencari kebahagiaan hidup di dunia ini. Mereka di ciptakan akal fikiran yang sempurna, tetapi mereka gagal menggunakannya, mereka langsung tidak mahu mengambil pengajaran dari sejarah hidup manusia yang silam. Dan alangkah celakanya golongan yang tidak pernah mahu mengambil pengajaran dari sejarah silam.

Sunday, November 1, 2009

Perjuangan 1

Untuk apa kita berjuang?

Adakah untuk mencari kemenangan ,

Atau untuk mencari keampunan,

Untuk apa kita berjuang?

Adakah untuk mendapat pangkat dan harta,

Atau untuk berkat dan redha,

Untuk apa kita berjuang?

Adakah untuk mendapatkan kemashuran,

Atau untuk kemakmuran.


Dan ingatlah, matlamat perjuangan itu bukanlah untuk mencapai kemenagan semata-mata, bahkan lebih utama dari itu lagi. Berjuanglah selagi mana kita mampu, jangan di sebabkan sedikit cabaran yang menimpa kita, kita sudah menjadi lemah.

Lupakah kita akan doa yang sering kali kita pohon kepadaNYA,

“ya ALLAH tempatkanlah aku nanti bersama-sama para rasul, anbiya’, hamba-hambaMu yang soleh serta pejuang-pejuang agamaMU terdahulu”

Adilkah kita untuk di tempatkan bersama-sama mereka namun pada masa yang sama kita memilih jalan yang berbeza?

Kita selalu mengimpikan kesenangan dalam perjuangan, tapi nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu sering kali di uji oleh Allah ketika mana mereka ingin menegakkan islam itu sendiri.

Oleh itu, marilah kita suntikkan kembali niat dan semangat kita dalam perjuangan ini. Kita jangan sesekali sedih sekiranya kita di hina dan terus dihina tikamana kita memperjuangkan islam, kita juga janganlah rasa lemah bila perjuangan kita tidak di sertakan dengan kemenangan, kerana Allah bukan pandang kepada sesebuah kemenangan itu, tapi Allah melihat pada kesungguhan kita. Dan yakinlah Islam akan kembali menerajui dunia ini.

Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers