“ Abu, apa cita-cita kamu bila besar nanti?”
“saya mahu jadi askar cikgu”
“Kamu Siti?”
“saya mahu jadi seorang cikgu”
Boleh di katakan ramai di antara kita pernah di ajukan soalan seperti di atas, terutama ketika kali pertama kita menginjak kaki di alam persekolahan. Awal-awal lagi kita sudah di tanya apakah cita-cita atau matlamat jangka masa panjan
g kita kelak. Mahu jadi apakah kita nanti? Seorang doktor? Cikgu? Polis? Jurutera? Atau mungkin bermacam-macam lagi jawapan yang biasa kita dengar dari kawan-kawan kita ketika itu.
Dan semua itu pasti akan mengalami perubahan bila m
ana tahap pengajian kita sudah berubah. Dari seorang cikgu berubah kepada seorang doktor, dari seorang askar berubah kepada seorang jurutera dan berbagai-bagai lagi perubahan yang berlaku kepada kita, sehinggalah sampai satu tahap di mana kita memang di paksa untuk menerima pa saja kerja yang di tawarkan kepada kita, walau kekadang bidang itu bertentangan dengan cita-cita kita di zaman dahulu kala.
Betulkah cita-cita kita selama ini?
Persoalannya betulkah cita-cita yang kita impikan selama ini? Adakah sudah bertepatan dengan kehendak Allah? Atau kita hanya bercita-cita untuk memenu
hi tuntutan periuk nasi kita dan mungkin lebih parahnya kita bercita-cita untuk menghancurkan Agamanya balik.
Jika sebagai seorang jurutera, adakah sudah cukup setakat tahu mendirikan baangunan tinggi-tinggi, rumah-rumah mewah, hotel-hotel bertaraf 5 bintang atau seangkatan dengannya. Dan bagi yang bercita-cita mahu menjadi seorang ahli politik, adakah sudah cukup bagi mereka mempelajari liku-liku dunia politik, atau bagaimana cara untuk memerintah sesebuah parti politik atau Negara itu, dan pada masa yang sama cita-cita itu tidak di selitkan dengan sikap ketakwaan kita kepada Allah. Sikap kita sebagai seorang hamb
a.
Kalau mahu jadi seorang doktor, biarlah doktor yang meletakkan islam di depan mereka, bukan untuk mengumpul duit atau mencari popularity, dan begitu jugalah di lain-lain bidang.
Akibat Dari Salah Bercita-cita
Kebelakangan ini kita selalu berhadapan dengan sorang jurutera yang pecah amanah, seorang pemimpin yang kaki rasuah, doktor-doktor yang acuh tak acuh bila bertugas, guru yang selalu ponteng ketika mengajar dan pelbagai lagi ragam
manusia kita temui.
Persoalannya mengapa mereka menjadi sebegini, adakah kerana mereka tersilap pilih cita-cita, atau mereka hanya bercita-cita untuk mendapat kesenangan dunia semat-mata tanpa mengharapkan keredhaan daripada ALLAH. Tanpa menjadikan agama sebahagian dari hidup kita atau lebih dengan ayat yang lebih mudah kita telah memisahkan agama dengan kehidupan kita. Bagi kita agama itu cukuplah dalam mengucap dua kalimah syahadah, sembahyang , berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji.

Maka tidak peliklah kebelakangan ini kita mendengar cerita-cerita pelik dan kekadang lucu pun ada. Bagaimana seorangpemimpin yang mengaku beragama islam tapi pada masa yang sama budaya rasuah menjadi sumber rezeki mereka, pecah amanah menjadi budaya kerja mereka. Stadium yang tidak sampai setahun usianya boleh runtuh, enjin jet dalam jagaan tentera boleh hilang tanpa di sedari dan pelbagai lagi kes-kes lucu yang mencuit hati kita.
Islam sebaik-baik pegangan
Begitulah hidup ini, bila mana kita cuba memisahkan hidup kita dengan agama, maka kita akan lupa akan tuntutanNya, suruhanNya, hukum-hakamNya dan segala-gala tentang Allah. Hanya meletakkan akal dan matlamat di dunia semata-mata, tanpa memikirkan kesan di Alam Abadi nanti.
Mungkin ayat ini selalu aku gunakan dalam menguatkan hujahku di alam maya ini, tapi bagiku ayat ini memeberi seribu satu kekuatan untuk terus memperjuangkan agama islam ini.
Berkata Saidina Umar al-Khattab;
"Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, maka apabila kita mencari kemulian yang lain daripada Islam, nescaya kita akan dihinakan oleh Allah.."
wassalam