Pages

Thursday, January 28, 2010

Allah Zalim

Part 1

..... gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter melanda Haiti dengan anggaran kematian lebih 200,000 orang manakala ribuan bangunan runtuh........

“Kenapa selalu sahaja bumi ini di hujani dengan bencana? Adakah pemilik bumi ini kejam sikapnya? Tapi kalau pemilik bumi ini kejam, kenapa Ustaz Halim selalu mengatakan Allah itu maha Penyayang?” getus hati kecil Hakim takkala selesai menatap isi kandungan Kosmo itu.

Akhbar Kosmo itu dilipat kemas dan di letakkan di atas permukaan meja kecil d sebelah katil tempat dia bersandar. Perlahan-lahan badannya di gerakkan kehadapan untuk membolehnya berbaring di atas tilam yang empuk itu.

Hakim mula mengelamun, membandingkan kebenaran kata-kata Ustaz Halim dengan situasi yang di alami oleh penduduk bumi sekarang ini. Kalau betullah Allah itu Maha Penyayang, kenapa saban hari hamba-hambaNya ini di uji dengan pelbagai ujian. Ramai anak kecil di paksa untuk menelan kepahitan hidup bila mana mereka kehilangan orang tua tempat mereka bergantung harap. Ramai golongan isteri dianugerahkan status balu di seusai awal perkahwinan mereka. Puncanya tidak lain kerana bencana alam yang melanda dunia ini. Allah itu kejam.

Kalau penyayang tentu lain sikapnya. Contohnya sayangnya ayah dan kasihnya ibu terhadap anak mereka, sudah semestinya mereka akan membelai manja anak mereka. Menghindarkan segala macam bahaya yang terdedah kepada anak mereka, dan boleh di katakan seekor nyamuk pun tidak di benarkan untuk menghinggap pada tubuh anak mereka. Tapi berlainan dengan sikap kasih sayang Allah terhadap hambanya. Bahkan kepada kekasihnya sendiri.

Nabi Muhammad s.a.w. contohnya, walau baginda sering di war-war oleh ustaz-ustaz dan golongan agama bahawa beliaulah insan yang paling rapat di sisi Allah bahkan mendapat gelaran ‘habibullah’ yakni kekasih Allah. Tapi hidup baginda tidak pernah sunyi dari dugaan dan cabaran hidup. Sejak kecil lagi beliau sudah di paksa untuk hidup tanpa ibu dan bapa baginda. Bahkan hidup baginda sentiasa di perangi oleh kaum musrikin mekah. Beliau tidak di kurniakan harta kekayaan sebagaimana yang di kurniakan oleh kepada Qarun, padahal kita sedia maklum Qarun itu musuh Allah berbanding Muhammad itu kekasih Allah. Malahan baginda pernah terpaksa untuk mengikatkan batu di perut baginda dek kerana mahu menahan kelaparan yang melampau. Penyayangkah seseorang itu bila mana membiarkan kekasihnya hidup dalam kelaparan dan kesusahan.


Bersambung......

Sunday, January 17, 2010

When Allah is your ‘friend’, who is your Enemy?



Alhamdulillah, setelah agak lama aku menyepikan diri dari alam maya ini ( dek kerana kebuntunan idea untuk menulis), akhirnya berpeluang juga aku untuk menyiapkan satu artikel ringkas ini. Namun di saat aku membuat beberapa kunjungan tidak rasmi ke beberapa buah blog, akhirnya ku temui satu pepatah yang amat menarik perhatian aku ketika mana aku bertandang ke blog Ustah Pahrol Mohamad Juoi (klik) untuk mencedok seberapa banyak ilmu yang di tawarkan oleh beliau. Kerana bagiku pepatah ini benar-banar membuat mindaku terketuk. Apabila Allah menjadi ‘Kawan’ kamu, siapakah pula musuh kamu ?.

Bagiku istilah ‘kawan’ ini mungkin membawa maksud sesuatu yang paling rapat dengan kita, samada kita dalam situasi sukar, senang, duka, gembira atau sebagainya. Sebagaimana kisahnya orang di zaman ini, bila mana mereka menjadi sahabat kepada orang yang berpengaruh seperti dato’-dato’, menteri-menteri, mahu pun perdana menteri. Sudah semestinya mereka akan merasakan hidup mereka senang. Kerana berada dalam lingkungan pengaruh dato’-dato’ dan menteri-menteri tersebut.

Mudah bagi mereka untuk mend

apatkan sesuatu projek, atau mendapat pertolongan semasa kesusahan. Contohnya bila mana terdapat ruang pekerjaan yang kosong dalam sektor kerajaan, sudah semesti mereka yang rapat dengan pak-pak menteri dan kroni-kroninya, berbanding dengan mereka yang berada jauh dari pengaruhan pak-pak menteri.

Begitu jugalah kisahnya kita dengan

Tuhan yang memiliki kerajaan semesta ini, Allah s.w.t. Jika sekira dengan sesama manusia pun kita sudah merasakan selamat bila mana kita berkawan rapat dengan mereka, apatah lagi dengan Allah, tuhan yang menguasai sekian Alam. Sudah semestinya keselamatan kita pasti akan lebih terjamin. Kerena Dialah yang memiliki segala-galanya, dan yang mengatur setiap pergerakkan makhluk-makhlukNya di alam semesta ini.

1.Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,2.Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.... ( QS Al-Mulk : 1&2 )

Tapi Apabila Yang Terjadi Adalah Sebaliknya.....

Namun persoalannya kini adakah kita benar-benar menjadikan Allah sebagai ‘Kawan’ kita? Atau kita hanya mendekatkan diri pada Allah bila mana kita berada dalam kesusahan, atau yang lebih teruk lagi Allah itu kita anggap sebagai musuh?

Mungkin analogi ringkas ini boleh memberi gambaran bila mana kita berjauhan dengan Allah atau bila kita bermusuh dengan Allah.

Seperti yang kita sedia maklum, Muammar Gadaffi merupakan ketua kerajaan Libya yang sangat lantang suaranya menentang keganasan yang di lakukan oleh kerajaan Amerika terhadap negara-negara islam, begitu juga begitu juga sikap seorang lagi pemimpin terkemuka dunia Tayyib Erdogen, yang merupakan ketua bagi kerajaan Turki. Beliau dengan lantang mengutuk tindakkan kejam rejim Israel (laknatULLAH) terhadap umat islam di Gazza.

Jadi, agak-agaknya selepas mereka bersikap sedemikian terhadap kuasa-kuasa besar dunia itu (kononnya), masih berpeluang lagikah mereka mendapat pertolongan daripada kuasa-kuasa besar dunia itu?

Begitu jugalah perihalnya kita dengan Allah, bila mana kita menjauhiNya, sudah tentu kita pun sukar untuk mendapat pertolongan darinya, apatah lagi bila kita mengambil sikap untuk memusuhiNya (Wa nauuzubILLAH).

Sebelum aku mengakhiri coretan kali ini, ingin ku mengajak diri ini sendiri terutamanya dan para pembaca sekalian untuk bersama-sama kita memuhasahkan balik diri kita ini, mengapa akhir-akhir ini pertolongan Allah seakan-akan makin jauhi kita. Contohnya dalam situasi sekarang umat islam di dunia ini makin hari makin teruk di tindas oleh kaum kufar, atau di kalangan manusia yang tanpa segan silu mengaku diri mereka sebagai seorang muslim.

Adakah kerana mereka terlalu berkuasa untuk kita tentang tau kerana sikap kita sendiri. Mungkin pepatah ini boleh menjawab persoalan ini. When Allah is Your ‘friend’, who’s your Enemy? But What will happened when you make ALLAH as your Enemy............

Wassalam

Thursday, January 7, 2010

Mahasiswa dan perjuangan v1



Seperti yang di ketahui umum, David Beckam merupakan salah seorang pemainbola sepak terkemuka di dunia, sehinggakan beliau telah tergolong dalam kategori pemain lagenda untuk Manchester United(bekas kelabnya) dan England. Dan beliau sangat berharap agar bakat dan kebolehannya bermain bola ini dapat di wariskan kepada anaknya kelak. Bahkan kalau boleh beliau mahu anaknya lebih hebat darinya.

Namun pada masa yang masa beliau tidak pernah member peluang untuk anaknya menceburkan diri dalam sukan itu. Anaknya tidak pernah di beri ruang untuk bergaul dengan pemain-pemain bola di luar sana, apatah lagi untuk bermain bola bersama-sama, yang anak beliau dapat lakukan adalah melihat perlawanan bola di kaca tv sahaja. Alasannya supaya anaknya memfokuskan diri terhadap pelajaran terlebih dahulu.

Jadi agak-agaknya berjaya atau tidak David Beckam mahu melihat impiannya menjadi realiti, iaitu dapat melihat anaknya dapat menjadi salah seorang pemain bola yang terhebat di dunia bahkan melebihi kehebatan beliau?

Agak-agaknya rasional atau tidak sikap yang di tunjukkan oleh David Beckam ini?

Dan begini jugalah sikap yang bertapak di hati pemimpin-pemimpin besar Negara kita ini, meraka berimpi untuk melahirkan bakal pemimpin hebat di kalangan pelapis-pelapis yang terdiri dari mahasiswa-mahasiswa yang memenuhi daerah-daerah university di Malaysia ini. Tapi pada masa yang sama, sikap mereka sepertilah David Beckam ini, setiap tindak tanduk mahasiswa mereka rantai, malah mereka telah mewujudkan satu akta khas untuk menyekat pengaruh mahasiswa (AUKU).

Ayuh sama-sama memuhasabahkan diri kita.

Wassalam

Monday, January 4, 2010

Rumah Tiris, sediakan bekas tadahan atau menampal tempat tiris?



“Pak, bumbung rumah kita ni bocor, apa yang perlu kita buat?” Soal Mak Limah kepada Pak Abu.

“Ambil je tong di dapur tu untuk jadikan bekas tadahan” jawab Pak Abu

“Nanti bila dah reda hujan nanti, ambil kain ni untuk lap tempat yang basah tu” Sambung Pak Abu sambil menghulurkan sehelai kain pelikat kepada Mak Limah.

Beginilah sikap sesetengah orang kita bila berhadap dengan masalah, suka membazirkan nikmat akal yang di kurniakan Allah ( berfikir secara matang) dari menggunakan sebaik mungkin keupayaan akal kita dalam mencari jalan penyelesaian untuk sesuatu masalah.

Kita lebih suka mengambil sikap mengubat dari mencegah untuk menghadapi sesuatu permasalah. Kita lebih rela menghabiskan beribu-ribu modal untuk membelikan tong dan kain-kain di kedai untuk menghadapi bumbung yang tiris dari mengeluarkan sedikit duit untuk membeli secebis kertas penampal untuk di lekatkan pada bumbung rumah kita.


Dan begini jugalah keadaan kita di Malaysia sekarang ini, kita mahu menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mahu mengetahui punca sebenar permasalah itu. Contoh masalah atau isu yang hangat di perkatakan sekarang ini ada penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Herald- The Catholic Weekly,akhbar mingguan Katholik. Ia nya lebih panas bila mana mahkamah tinggi telah memutuskan bahawa larangan untuk akhbar tersebut menggunakan kalimah Allah menggantikan perkataan ‘god’ dalam bahasa melayu.


Menentang Dalam Keadaan Bersetuju

Maka ramailah antara kita dari kelompok islam ini merasakan tidak berpuas hati bila mana mahkamah telah memutuskan sedemikian. Kerana bagi mereka keputusan mahkamah ini telah merobek perasaan umat islam di Malaysia ini.

Bagi mereka, sekiranya kalimah Allah ini di beri hak kebebasan sewenang-wenangnya penggunaan pada orang bukan islam akan menyebabkan banyak kecelaruan berlaku. Generasi umat islam akan datang pasti akan terkeliru untuk menilai yang mana satu Allah yang memiliki alam semesta ini, adakah Allah yang orang islam mengakui Yang Esa itu, atau Allah yang di dakwa oleh penganut kristian yang mempunyai anak dan isteri.

Namun siapa yang sebenarnya salah dalam hal ini? Mahkamah? Herald-The Catholic Weekly? Atau Umat islam sendiri?

Ok, kita cuba teliti balik satu persatu pihak yang terlibat dalam isu ini.

Mahkamah, kenapa mahkamah boleh bertindak sedemikian, dengan membatalkan pengharaman penggunaan kalimah Allah untuk menggantikan perkataan ‘god’ itu. Ini kerana mereka di beri peluang dan kuasa untuk bertindak sedemikian. Perlembagaan Malaysia telah member mahkamah kuasa mutlak untuk memutuskan sesuatu kes, dan yang paling sedihnya pelembagaan itu adalah hasil tinggalan penjajah.

Herald- The Catholic Weekly, mengapa mereka bertindakan berani sedemikian rupa? Tidak lain dan tidak bukan kerana mereka mempunyai hak untuk bersuara, dan sekali lagi hak ini juga telah di tetapkan oleh penjajah melalui pelembagaan Malaysia yang di tinggalkannya.

Umat islam Malaysia , mengapa mereka membantah? Ada yang kata untuk menjaga kesucian kalimah Allah dan agama islam itu sendiri. Tapi persoalannya betulkah umat islam di Malaysia ini ikhlas untuk menjaga kesucian islam itu sendiri, atau mereka ada agenda sebaliknya terutama di kalangan pemimpin-pemimpin besar Negara dan tokoh-tokoh besar agama di Malaysia ini.

Mereka marah bila mana orang kafir membaca ayat-ayat suci al-quran, dengan alasan untuk menjaga kemurnian ayat-ayat Allah itu sendiri, tapi pada masa yang sama merekalah golongan pertama yang menolak ayat-ayat Allah ini. Mereka lebih selesa mengambil undang-undang tinggalan barat dari mewarisi undang-undang yang di perturunkan oleh Baginda besar Muhammad s.a.w.

Begitu juga lah penggunaan kalimah Allah ini. Mereka begitu gusar dengan kemungkinan tindakkan orang kristian menyalahgunakan kalimah Allah berbanding sikap orang islam yang secara terang-terang menghina agama Allah ini.

Islam itu bukan sekadar istilah

Satu persoalan yang selalu muncul pada benak aku tak kala mengikuti kronologi isu ini, mengapa kita terlalu risau dengan hak penggunaan kalimah Allah oleh golongan kristian berbanding dengan situasi betapa jahilnya masyarakat melayu yang mengaku islam di Malaysia ini terhadap agama mereka sendiri?

Islam itu bukan untuk di warisi, tapi untuk di hayati. Tidak cukup untuk kita menyatakan diri kita ini sebagai seorang mukmin jika prinsip asas islam sendiri kita tidak mempelajari. Tidak menjadi seorang doktor seseorang itu sekiranya beliau tidak mengikuti kelas atau proses dalam bidang kedoktoran walaupun ayah dan ibunya seorang doktor, dan apatah lagi dalam bab beragama.

Seelok-eloknya, jika sekiranya kita memang ikhlas untuk menjaga kesucian dan kemurnian agama islam kita ini, ayuh lah kita selidiki balik punca sebenarnya mengapa krisis ini boleh terjadi, mengapa golongan kristian begitu berani bertindak sedemikian rupa. Sama-samalah kita memuhasabahkan diri kita, jangan persikap seperti Pak mat, yang hanya menggunakan tong dan kain untuk mengatasi masalah bumbung rumah yang bocor

“Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.” Al hujuraat 13

Friday, January 1, 2010

Sebelum Mereka Berbicara


“Pada hari Ini kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.” (Yaasin- 65)

Melalui sepotong ayat dari surah yaasin ini, Allah telah pun memberikan gambaran awal lagi kepada sekian hambaNya tentang keadaan kita di akhirat kelak. Jikalau di dunia ini kita sering kali menggunakan mulut kita untuk berkata-kata dalam perkara nyata atau pun dusta, namun berbeza di akhirat kelak, bila mana Allah mengunci mulut kita dari berkata-kata, dan memberi peluang untuk anggota lain di badan kita untuk berkata dan malahan menjadi saksi untuk setiap perbuatan yang kita lakukan di dunia ini.

Sekiranya di dunia ini kita sering menggunakan mulut kita untuk membela diri kita di saat tangan kita melakukan maksiat, namun di akhirat kelak mulut tidak dapat lagi menjadi pembela atau penyelamat kita dari meyorok setiap tindak tanduk kita.

Oleh itu, ada baiknya sebelum mana mulut kita di tarik nikmat oleh Allah untuk berkata, marilah kita menggunakan sebaik mungkin berzikir kepada Allah, menuturkan kata-kata yang baik, membaca ayat-ayat dari kitabNya dan seumpanya.

Dan begitu juga anggota-angota tubuh kita yang lain, sebelum ‘mereka’ dapat berbicara di hadapan Allah di akhirat kelak, eloklah kita berbicara dengan mereka secara senyap terlebih dahulu. Cuba kita muhasabah balik diri tangan kita, kaki kita, mata kita dan telinga kita (hanya sebahagian anggota di sebut), kemana selalu kita gunakan, adakah mengikut aturan Allah atau mengikut aturan nafsu kita sendiri?

Contonhnya, penggunaan mata kita, kalau bermula seawal pagi bila bangkit dari tidur, kemana kita halakannya, menatap kitab suci al-quran atau menatap helaian akhabar buatan manusia? Tangan kita pula, apayang kita mula capai ketika bangun pagi, adakah kain selimut untuk meneruskan aktiviti tidur atau kita menggunakannya sebagai alat untuk menggagahkan diri kita bangun untuk mengambil mudu’? dan begitu jugalah anggota-anggota badan lain yang kita milikkinya.

Rasanya cukup setakat itu coretan ku untuk kali ini, marilah sama-sama kita memuhasabah diri kita sedalam mungkin, cuba kita timbulkan beberapa persoalan setiap hari untuk di tujukan kepada anggota-anggota kita ini sebelum mereka berhadapan dengan soalan yang di ajukan oelh Allah kelak. Yakni sebelum mana mereka semua dapat berkata-kata.

wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers