Pages

Saturday, February 27, 2010

Kerana Ilmu kita bertemu, kerana AMAL kita bersatu


Saya menjemput semua sahabat dari sekolah Maahad Muhammadi (P) Kota Bharu, Maahad Muhammadi (P) Pasir Pekan dan Maahad Muhammmadi (L) untuk menghadirkan diri ke Family Day AMAL lembah Klang.

Bleh bawa suami, isteri atau anak2 bagi yang dah berkeluarga

Maklumat lanjut :

7 hb Mac 2010 ( Ahad )
Masa: 8:30pagi-2 ptg
Tempat: Taman Tasik Titiwangsa KL
Bayaran: Rm2
Makanan disediakan
Banyak aktiviti menarik disediakan
Sebarang persoalan bleh tanya Hisyam UniKL (013-3084196) / Husna (017-3618812)

Kerana Ilmu kita bertemu, kerana AMAL kita bersatu.. InsyaAllah..

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.” (Al-Kahfi :14-15)

Monday, February 22, 2010

Ikon


Artis Sebagai Ikon?(Klik Di sini), suatu tajuk yang yang amat menarik perhatian ku, sesuaikah artis di jadikan sebagai ikon kepada muda-mudi yang terutama para peminat mereka semua. Bagiku tajuk ini amat menarik untuk di bahaskan, kerana dalam suasana sekarang ini boleh di katakan golongan artis mendapat tempat di dalam kehidupan kita sekarang ini.

Perihal artis kahwin, artis cerai, macam mana artis berpakaian, dengan siapa artis ini berpacaran dan bahkan pelbagai isu yang berkaitan dengan artis pasti mendapat perhatian menyeluruh di kalangan masyarakat kita. Contohnya bloeh kita lihat dalam pengisian media eleltronik dan media cetak.

Namun apa yang menyedihkan ialah banyak kisah atau contoh teladan yang buruk sikap atau perihal artis yang menghiasi dada akhbar, artis A di tangkap khalwat, artis B di tangkap minum arak, artis C bercerai barai dan pelbagai lagi kisah hitam rakan-rakan artis yang di laporkan oleh para wartawan. Jarang sekali bagi kita untuk mendengar kisah artis yang boleh kita jadikan ikutan dari segi berpakaian atau perangai, apatah lagi dalam bab untuk kita mendekatkan diri pada Allah, dan kalau sekiranya ada pun boleh di hitung dengan jari bilangannya. Bahkan ada yang lebih teruk berpura-pura untuk berubah dalam mencari publisiti murahan.

Tapi apa yang menyedihkan lagi, golongan ini masih di jadikan ikon atau idola dalam kehidupan kebanyakkan masyarakat kita, mengapa menjadi begini? Adakah kerana kita buta mata, atau kerana hati kita sudah buta? Buta dalam menilai yang mana intan permata yang mana kaca?

Adakah hanya golongan artis?

Adakah hanya golongan artis yang menunjukkan contoh tauladan yang negatif dalam kehidupan kita ini? Bagaimana pula dengan perihal pemimpin-pemimpin negara kita kini. Yang mana kisah mereka di hidang kepada kita dengan gambaran yang teruk. Di tangkap rasuah, bersentuh-sentuhan antara berlainan jantina, di tuduh pecah amanah, dan pelbagai lagi laporan negatif di siarkan tentang mereka.

Pemimpin yang sepatunya kita dapat jadikan contoh teladan dalam hidup kita, tapi merekalah kebanyakannya (tapi masih ada sekelompok kecil) yang menjadi juara dalam malakukan perkara-perkara yang di halang agama, merekalah yang terkedepan dalam mempromosikan sikap pecah amanah, merekalah golongan yang paling hadapan mengajar kita untuk melakukan maksiat kepada Sang Pencipta.

Kalau di waktu ke gemilangan Islam dahulu, kita sering kali mendengar kisah atau perihal yang seorang pemimpin biasanya menjadi idola kepada pengikut-pengikutnya, kerana mereka selalu mempamerkan budi pekerti yang indah, hebat dalam beribadah kepada Allah bahkan dengan kata yang lebih mudah, merekalah juara dalam mengajak anak buah mereka untuk mengenal Allah. Contohnya di zaman pemerintahan Umar Abdul Aziz.

Mengapa semua ini terjadi?

Jadi tidaklah menjadi kepelikkan pada hari ini bila kita melihat orang awam bersikap pelik-pelik, ini tidak lain kerana mereka menjadikan golongan pelik sebagai ikon hidup mereka, artis-artis di puja, gerak-geri artis sentiasa mahu di jadikan ikutan walhal kelakuan mereka itu haiwan pun tidak kepingin untuk kerjakannya.Begitu jugalah perihal mereka yang tersalah memilih pemimpin untuk di jadikan model dalam kehidupan ini.

Namun persoalannya mengapa semua ini boleh terjadi, adakah kerana kita ketandusan manusia untuk di jadikan ikon hidup kita, atau kita memang buta dalam menilai manusia untuk di jadikan contoh teladan, yakni buta hati.

Bukankah kita sudah ada manusia paling agung untuk di jadikan contoh teladan dalam hidup ini, yakni Muhammad S.A.W. Manusia yang paling agung di muka bumi ini. Kerana percakapan baginda berdasarkan wahyu, begitu jugalah setiap gerak geri baginda dalam kehidupan sehariannya.

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemauan hawa nafsunya.”

Di kesempatan ini, bersempena dengan bulan kelahiran baginda besar Muhammad s.a.w. ini aku menyeru kepada diri sendiri terutamanya dan kepada pembaca sekalian untuk kita nilai kembali sikap kita terhadap baginda. Yang mana kita seringkali melaung-laungkan bangga yang kita mencintai baginda, berbangga menjadi umat baginda, namun benarkah semua itu, atau kita hanya sebenarnya pandai bercakap tapi hancur dalam pelaksanaan.

Kita juga sering kali mendengar ada pihak yang melabelkan puak itu sebagai wahabi dek kerana tidak mahu meraikan bulan kelahiran baginda dengan mengadakan perarakkan. Tapi apakah sudah cukup dengan berarak membuktikan kita mencintai baginda, namun seusai perarakan kitalah golongan pertama yang menentang baginda, golongan pertama yang mengkeji sunnah baginda.

Ayuhlah kita sama-sama memuhasabah balik sikap kita ini, ayuhlah kita sama-sama menjadikan baginda besar Muhammad s.a.w. sebagai ikon kita, insan teladan kepada kita, bukannya menjadikan golongan yang hamba kepada maksiat sebagai pilihan kita.

Wassalam.

Sunday, February 7, 2010

Da'ie Yang Zalim




1-Wow, nyamannya suasana di sini, tentu seronok kalau dapat mandi-manda di sini.

2-Mesti banyak ikan di dalam sana tu, best jugak kalau dapat memancing di sini.

3-Agak menarik pemandangan di tempat ini, kalau di jadikan tempat pelancongan tentu boleh mendatangkan banyak keuntungan ni.

Agak-agaknya yang mana satu ayat yang menjadi pilihan anda takkala melihat gambar di atas ini? 1 @ 2 @ 3 ? Adakah kita melihat sesuatu perkara yang terjadi di depan kita bertunjangkan nafsu semata-mata, atau berdasarkan akal? Atau kita menilai sesuatu benda di sekitar kita dengan sebuah perancangan yang panjang atau hanya memikirkan keuntungan sementara?

Dan amat rugilah bagi sesiapa yang memendekkan akalnya dalam proses menilai sesuatu benda itu. Begitujugalah diri kita ini, golongan yang selalu mengaku dirinya sebagai seorang da’ie, tapi pada masa yang sama bersikap ‘zalim’ pada bakal mad’u kita. Apa yang di maksudkan dengan zalim di sini adalah berkenaan dengan cara kita menilai seseorang di sekeliling kita (bakal mad’u kita). Kita selalu bertanggapan negatif kepada mereka, kononnya mereka semua itu tidak ada peluang untuk berubah, mereka sudah jauh tersasar dari landasan islam yang sebenar, mereka semua ini terlalu teruk untuk di ajak berubah, bahkan pelbagai tanggapan negatif lagi kita lontarkan kepada mereka. Keadaan ini menyebabkan secara tidak sedar kita telah membina hijab(penghadang) antara kita dengan mereka (da’ie dengan mad’u).

Maka mereka yang terus hanyut makin jauh di bawa arus kesesatan, dan mereka yang tersasar dari jalan yang lurus makin bengkok arah di tujunya. Jadi siapa yang rugi dalam situasi ini, bukankah para pendakwah juga. Sekiranya mereka bersikap matang atau berfikir panjang dalam menangani mad’u-mad’u yang sedikit ‘nakal’ karenahnya, sudah tentu makin ramai yang akan kembali kepada pegangan agama islam yang sebenarnya. Mungkin di sebalik kenakalan mereka itu terselit seribu kelembutan, kehambaan kepada Allah, malahan seribu satu sikap positif yang tidak pernah kita terfikir.

Ayuhlah para pendakwah sekalian, bersama-sama kita mengubah cara kita menilai orang sekeliling kita (mad’u-mad’u kita) demi melihat ajaran islam terus tersebar luas keseantero dunia. Berubah dari seorang yang selalu bersikap negatif dalam menilai seseoran kepada sikap yang positif untuk menilai mereka. Dan sebelum aku mengakhiri coretan kali ini, ingin aku berkongsi sedikit pengalaman peribadiku yang membuatkan aku berfikir kekadang aku ini tidak ubah seperti seorang pendakwah yang zalim.

“ Alhamdulillah, setiap sem aku di kurniakan teman sebilik yang berlainan dari sem-sem sebelum ini. Mungkin ada di antara kita tidak suka untuk bertukar-tukar teman sebilik bagi setiap sem, dengan alasan susah untuk menyesuaikan diri dengan orang yang baru. Malahan ada juga antara sesetengah mahasiswa yang dari awal-awal sudah berpakat untuk menjadikan kawan yang satu kampung dengan mereka sebagai teman sebilik mereka, kononnya sudah ada kesefahaman. Namun bagi ku semua itu tidak menjadi alasan untuk kita menolak peluang yang ada di depan mata ini, bahkan bagiku semua ini memberi peluang untuk aku terus menambah bilangan koleksi kawan-kawan dalam hidup ini.

Namun boleh di katakan agak mustahil bagi orang yang beriman jika hidup mereka tidak di hiasi dengan ujian dari Allah taala, begitu jugalah diriku ini tidak terlepas dari ujianNya. Boleh di katakan setiap semester aku akan mendapat teman sebilik yang berlainan orangnya tapi mempunyai persamaan dalam sikap mereka. Mereka boleh di katakan terlalu mudah untuk di jadikan kawan, dan mereka juga amat baik sikapnya kepada kawan, namun mereka boleh di katakan liat dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah. Mereka tidak solat. Kalau solat pun sekadar solat jumaat. Hanya seminggu sekali di tunaikannya.


Pada awalnya aku merasakan teramat sakit hati bila berhadapan dengan mereka, mana tidaknya, mengaku islam, tapi solatnya tidak. Sampai pada suatu tahap kebencianku pada mereka menyebabkan aku terlupa akan kebaikan mereka terhadap aku. Hinggalah kepada suatu suatu ketika...

“woih hisyam, kau dah solat maghrib ke belum, dah masuk isya’ ni, apa la nak jadi dengan engkau ni” kata salah seorang dari mereka ketika mengejutkan aku tidur dengan nada yang bergurau.

Kejadian itu benar-benar mengetuk kotak pemikiran aku, bukankah kawanku ini tidak sembahyang. Tapi mengapa beliau masih lagi mengejutkan aku untuk mendirikan solat. Atau adakah selama ini aku telah membina hijab secara tidak langsung dengan mereka ini, untuk mengajak mereka kembali kepada islam sebenarnya, atau adakah aku telah silap dalam menilai mereka sebelum ini, dengan menganggap mereka ini sudah tiada peluang untuk berubah, tapi pada masa yang sama aku belum pernah untuk cuba mendekati mereka, mengenali hati budi mereka. Bertalu-talu persoalan menerjah otakku.

Sejak dari hari itu, aku mula menyimpan pandangan positif kepada mereka, mungkin mereka ini tidak solat kerana mereka tidak di beri ajaran yang sempurna, atau mungkin kerana mereka berhadapan dengan situasi pengajaran yang salah ketika di awal mereka mengenai solat, atau mungkin terdapat alasan lain yang kita tidak ketahui. Tapi yang paling aku pasti, mereka ini masih lagi mempunyai peluang untuk di pimpin kearah jalan yang lurus. Dan doakan agar aku di sini di beri kekuatan untuk menghadapi semua ini. Amen”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers