Salam alaik,
Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak mencoret di blog ini, akhirnya di beri juga kesempatan ruang masa dan idea untuk mencoret sesuatu. Sebagaimana yang kita maklum, sejak kebelakangan ini, negara kita di gemparkan dengan berita yang begitu dasyat dan memilukan. Di mana kita di kejutkan dengan kes penderaan kanak-kanak yang berusia 3 tahun yang menbawa kepada kematian. Mangsa yang bernama Syafia Humairah Sahari. Beberapa hari selepas itu negara sekali lagi di gemparkan dengan penemuan mayat seorang bayi yang rentung separuh badan di dalam tong sampah di Jalan Tengku Zainal Abidinbberhampiran dengan Agrobank cawangan Kuala Krai, Kelantan.
Situasi sebegini mengundangkan seribu satu persoalan kepada diri, dan aku juga percaya perasaan yang sama juga menghinggapi hati pembaca-pembaca sekalian. Mungkinkah ini bala yang di turunkan oleh Allah di sebabkan kelalaian kita menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba? Atau mungkin ini bala yang di turunkan Allah di sebabkan kita makin hari makin jauh denganNya? Atau mungkinkah ini bala yang di turunkan oleh Allah di sebabkan kita galak melakukan maksiat kepadaNya? Atau beberapa kemungkinan lagi yang menyebabkan kejadian ini terjadi. Namun apa yang aku, ini merupakan peringatan dari Allah untuk hamba-hambaNya.
Namun persoalannya kenapa mesti meraka yang menanggung siksa atas dosa-dosa kita?Kenapa anak kecil seusia Syafia yang harus menanggung azab penderitaan dek kerana kegilaan teman lelaki ibunya itu. Dan kenapa bayi lelaki kecil itu yang terpaksa menanggung kepanasan (akibat di bakar) dek kerana dua makhluk Allah yang terlalu mengagungkan nafsu seks nya itu?
Sekadar muhasabah bersama
Pernahkah kita memikirkan kesan atau imbalan bagi sesuatu tindakan kita. Adakah hanya kita yang menanggung kesan itu? Atau orang yang tidak berdosa di sekeliling kita juga turut menjadi mangsa dan menanggung beban atas perbuatan kita itu?
Contohnya, bagi seorang yang berpewatakan seksi, pernahkah mereka memikirkan kesan atas cara pemakaian mereka itu, adakah hanya mereka yang menanggung kesan dek kerana perbuatan mereka itu?
Aku teringat analogi yang cuba di gambarkan oleh ustaz Zaharudin berkaitan dengan isu ini. Analogi beliau amat mudah, kisah seorang lelaki, seekor ikan dan seekor kucing.
