Negara islam? Betulkah Malaysia ini merupakan sebuah Negara islam, dari dulu lagi persoalan ini berputar di minda ini. Nak katakana bukan, selalu sahaja pihak kerajaan menyatakan yang Malaysia ini sebuah Negara islam. Namun hendak percaya, banyak pula bukti yang kukuh untuk menidakkan kepercayaan itu. Dengan perlembagaan masih lagi berkiblatkan barat, undang-undang sivil pula di jadikan undang-undang utama berbanding al-quran sebagaimana yang di guna pakai oleh Rasulullah s.a.w. sewaktu menjadi ketua di Madinah suatu suatu ketika dahulu.
Dan bila semalam aku sedang membaca akhbar online dekat laptop aku, aku terjumpa satu berita yang makin meyakinkan aku yang Malaysia sememangnya bukan sebuah Negara Islam. Malaysiakini menyiarkan kata-kata dari pemimpin penting dalam Negara ini berhubung dengan perihal judi. Antara kata-kata Dr Awang Adek Husain yang juga merupakan Timbalan Menteri Kewangan Negara adalah :
"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir,"
Berita penuh boleh di baca di (sini).
Beliau juga berkata, sekiranya lesen perjudian sah di keluarkan, kerajaan akan dapat mengawal aktiviti perjudian haram itu, dan duit dari hasil perjudian halal itu juga boleh di gunakan untuk pembangunan bidang sukan di Malaysia.
Bila ayat-ayat Allah mula di cabar.
Waraskah kita sebagai seorang yang mengaku hamba Allah tetapi satu persatu ayatNya kita tentang? Jika sebelum ini golongan ini mengenepikan ayat-ayat Allah berkaitan hudud, menutup aurat, dan beberapa lagi, kini mereka dengan berani mengeluarkan kenyataan yang mereka akan menimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi, dan lebih memelukan lagi tanpa segan silu mereka kesanggupan mereka untuk menggunakan duit hasil judi itu untuk pembangunan Negara.
Dan persoalan utama dalam kes ini, adakah istilah Judi Halal dan Judi Haram dalam konteks islam? Dan siapa mereka yang tanpa segan silu mengeluarkkan kenyataan seolah-olah undang-undang ini di tangan mereka?
“Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.
Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).” (Al-Maidah 90-91)
Melalui dua ayat ini, dengan jelas lagi nyata ALLAH telah mengharamkan judi kepada orang beriman, dan apatah lagi untuk menikmati pendapatan hasil dari perjudian itu. Mana mereka golongan yang selalu menghebohkan yang Malaysia ini merupakan sebuah Negara islam? Dan di mana pendapat golongan agama yang sentiasa teguh berdiri di belakang mereka itu?
Masih tidak cukupkah lagi penolakkan demi penolakkan di kenakan keatas ayat-ayat Allah, selepas peminum arak cukup sekadar di kenakan hukum khidmat masyarakat bagi menebus dosa beliau, berbanding hokum asala yang telah termaktub dalam Al-Quran sebanyak 80 sebatan.
Berbalik kepada isu judi, kalau sekiranya judi itu telah di haramkan oleh Allah tentu sekali hasil pendapatannya turut di haramkan Allah. Dan yang semestinya hasil pendapat dais umber yang haram akan menyebabkan kita ke Neraka.
Apabila Hati Itu Rosak.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)
Kita sering di beri gambaran, yang hati itu merupakan raja atau pemerintah dalam tubuh badan kita, sekiranya hati itu kotor, sudah semestinya seluruh tubuh akan turut menjadi kotor. Dan biasanya kotornya hati ini berpunca dari sumber makanan kita. Sekiranya yang haram itu selalu di jadikan sebagai santapan kita, maka makin gelaplah seluruh hati kita ini, dan semakin bermasalahlah anggota badan kita.
Begitu jugalah perihal kita dalam bermasyarakat, sekiranya hasil pendapatan yang di gunakan untuk membangunkan rakyat di perolehi dari wang yang haram, sudah tentukan akan mendatangkan kemurkaan Allah pada masyarakat tersebut. Maka tidak mustahillah sekiranya kini terjadi seribu satu jenayah dan kerosakkan dalam masyarakat Malaysia, salah satunya mungkin berpunca dari hasil pendapatan Negara yang terang-terangan bertentangan dengan hukum Allah, Bersumberkan duit judi, duit rasuah, duit maksiat dan sebagainya.
Mungkin kerana ini jugalah Negara kita sekrang ini tidak sunyi dari kes-kes yang pelik, kes pembunuhan semakin meningkat, keruntuhan akhlak di kalangan muda mudi, pembuangan anak merata-rata dan sebagainya.
Oleh itu, aku menyeru kepada diri sendiri terutamanya, dan saudara-saudara seakidah ku sekalian, ayuhlah kita periksa kembali sumber perndapatan kita, sumber makanan kita, sumber kewangan Negara kita dan apa-apa sumber yang datang kepada kita, adakah ianya halal? Sekiranya masih dalam ragu-ragu sumber itu, bersamlah kita elakkannya, sekiranya haram bersama-samalah kita tinggalkannya moga diri kita sentiasa berada dalam rahmatnya. Dan sekiranya sudah terang-terangan lagi kerajaan kita mengakui yang mereka menggunakan duit perjudian untuk membangunkan Negara, apalagi yang kita tunggu dari mereka?

