Pages

Monday, June 28, 2010

Edisi Ringkas : Manusia Yang Perlu Di beri Perhatian Pada PRU13




Controversy of the tournament - never mind day: FIFA chiefs hang your head in shame. There have been long-running calls for goalline technology to be introduced to the beautiful game - but Sepp Blatter and co have constantly buried their heads in the sand and refused to contemplate it.

Controversy of the day#2: If England felt hard done-by by Lampard's goal that never was, then Mexico can feel equally devastated by Carlos Tevez's opener against them on Sunday evening. Clearly two yards offside when he nodded in the opener, Mexico were left both appalled and astonished as the goal was allowed to stand. And their mood will have not been helped by the fact that a replay on the big screens in the stadium showed an instant replay of the strike. Talk about rubbing guacamole into their wounds! (JM)

Tahniah kepada yang menang, dan selamat datang di ucapkan kepada yang menang pada perlawanan semalam, Dan selamat datang kepada kedua-dua pengadil ini ke mesia semperna PRU13 nti.

Sunday, June 20, 2010

Edisi Ringkas : Pening dan semakin Pening.

Lesen Judi Vs 100 Ulama.

Lebih kurang sebulan yang lalu, negara di gemparkan dengan kenyataan seorang pak menteri yang sewenang-wenangnya meluluskan lesen perjudian bagi menyambut kedatangan Piala Dunia 2010. Lesen yang tidak mungkin di perolehi di negara atau dari pemimpin islam yang lain, iaitu lesen halal dalal berjudi. Namun kini lain pula jadinya, terdengar pula desas desus yang mengatakan 100 orang ulama yang berkelulusan tinggi termasuk phd akan menyertai kelompok mereka (sini). Kepala ku naik pusing bila memikirkan kenyataan yang di keluarkan mereka ini. Dan pada masa yang sama bertalu-talu persoalan yang menyinggah di benak ini.



Ulama menyertai mereka, ulama bagaimanakah itu? Yang menghalalkan judi juga ke?

Seriuskah mereka dalam mendampingi ulama? Atau ulama hanya sekadar ‘ulama’?

Judi dan Ulama, mana pilihan tepat?



Dan sekiranya memang seriuslah mereka mahu mendampingi ulama, aku hanya mampu mengamin dari belakang sahaja.

*Gambar di sebelah sekadar hiasan semata-mata.



Saturday, June 19, 2010

Melayu Kemana: Mungkin ke sini.

Melayu Kemana (sini dan sini ) , merupakan isu terbaru yang di tulis oleh bekas Perdana Menteri Malaysia ke 4, Tun Mahathir Muhammad. Yang mane, pada isu ini beliau menseritakan kerisauan beliau terhadap nasib dan keadaan yang menimpa orang melayu kini. Yang mana makin berpecah belah di sebabkan perbezaan fahaman politik. Beliau juga mengambarkan kerisauan beliau terhadap kuasa yang di miliki oleh orang melayu, keran makin hari makin kurang pengaruh orang melayu. Kuasa pemerintah orang melayu di lihat makin tergugat dan beberapa lagi kerisauan yang di lontarkan beliau melalui penulisannya itu.

Namun bagi ku ada kebenarannya kata-kata beliau itu, tetapi tidaklah bersandarkan asbab dan alas an seperti beliau nyatakan. Kerana bagi aku tidak mustahil sesuatu kaum itu akan mengalami kemunduran dan kejatuhan bila mana mereka mengulangi perangai-perangai buruk

kaum terdahulu.

Dari Kaum Qurais Kepada Kaum Kurdis.

Seperti yang kita ketahui, kaum arab qurais merupakan salah satu kaum yang mulia di muka bumi ini, kerana pada kaumnya telah lahir seorang manusia agung yang bernama Muhammad Bin Abdullah. Beliau merupakan utusan yang di tugaskan untuk menyampaikan risalah-risalah agung dari tuhannya yakni Allah azzawajalla.

Bermula dari kaum yang tidak terkenal dengan sikap yang suka berperang, menanam bayi perempuan hidup-hidup, dan kaum yang tidak terkenal kepada suatu kaum yang terkenal kemelata dunia bila mana Islam bercambah subur di sana. Dari kaum yang terbiar di padang pasir kepada kaum yang memimpin dunia. Begitulah perubahan yang berlaku bilamana mereka menjadikan kebenaran(islam) sebagai cara hidup mereka.

Namun sudah menjadi sunnah alam, yang berada di atas tidak selamanya akan bertahan di sana, apatah lagi bila cahaya islam makin di jauhi, syariah Allah makin di lupai, maka tidak mustahillah sesebuah kaum itu mengalami zaman kejatuhan mereka.

Dan begitu jugalah halnya yang menimpa kaum arab ini, dari golongan yang memimpin dunia bertukar kepada golongan yang di pimpin dunia. Namun, walaupun kaum arab tidak lagi menjadi kuasa besar dunia, islam tetap teguh berdiri lagi. Sepertimana firman Allah taala dalam surah Muhammad yang bermaksud :

"Ingatlah, kamu Ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang kikir, dan siapa yang kikir Sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kamu berpaling niscaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini." (Muhammad 38)

Begitulah peringatan Allah kepada hambaNya yang angguh dari menjadikan Islam sebagai pegangan hidup. Setelah warga arab qurais mula menjauhi syiar islam, maka Allah telah gantikan pula suatu kaum dari bangsa Kurdis untuk memegang tampuk kepimpinan, sehingga telah lahirnya seorang pahlawan terkenal yang bernama Salahuddin Al-ayubi. Yang mana beliau mengecapi zaman kegemilangannya dengan berjaya menawan semula Baitulmuqaddis (Jerusalem) pada 2 Oktober tahun 1187 selepas hampir 88 tahun kota itu dikuasai tentera Salib.

Itulah putaran hidup ini, bila mana islam tidak lagi menjadi pilihan sesuatu kaum atau kelompok itu, Allah tidak ragu-ragu lagi untuk menggantikannya dengan kelompok yang lain.

Mustahilkah Melayu Menjadi Pengikut?

Dan tidaklah menjadi sesuatu yang pelik jika sekiranya kaum melayu akan menjadi pengikut di negara atau tanah air sendiri suatu hari nanti. Kerana sudah terang lagi bersuluh para pemimpin dan pembesar melayu makin hari makin menjauhkan diri dengan Islam, samada dalam soal perundangan, soal ekonomi, mahupun soal pemerintahan. Bagi mereka ketetapan islam sudah tidak sesuai untuk di amalkan pada era globalisasi ini. Mereka labih meyakini undang-undang atau apa sahaja yang di datangkan dari barat. Dan situasi ini juga tidak terlepas dari di hinggapi oleh rakyat biasa.

Bahkan tidak cukup dari itu, segala jenis benih maksiat di semai di tanah air kita ini. Remaja-remaja islam di sogok dengan budaya hiburan yang melampau, judi di halalkan, rasuah semakin subur dan pelbagai jenis maksiat lagi di tabur, di baja dan di semai.

Lupakah kita pada sejarah yang menimpa kaum yang terdahulu. Nasib yang menimpa pada kerajaan agung islam yang lampau. Apa yang di tanggung oleh kerajaan Uthmaniah di Turki, dari sebuah kerajaan yang memiliki empayar yang besar berubah kepada sebuah negara yang tunggang langgang akibat daripada kealpha mereka terhadap tuntutan Allah taala.

Jadi janganlah terkejut jika suatu hari nanti, kita yakni orang melayu islam terpaksa atau di paksa untuk menjadi pengikut oleh kaum lain walaupun di tanah air sendiri. Kerana kemuliaan atau kekuasan kita itu bukanlah terletak pada nilai bangsa itu, tapi ianya terletak pada agama yang menjadi pegangan mereka. Bab kata Saidina Umar r.a. :

نحن قوم أعزنا اللّه بالاسلام فان ابتغينا العزة أذلنا اللّه

Kita adalah satu golongan yang di beri kemulian oleh Allah dengan Islam, maka sekiranya kita mencari kemulian selainnya nescaya Allah akan menghina kita.


"Ya ALLAH, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana MengasihiMU,bertemu untuk mematuhi perintahMU,bersatu memikul beban dakwahMU,hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMU,maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya”

Saturday, June 12, 2010

Sahabat, hebatnya cara kamu berfikir.



Alhamdulillah, sepanjang bulan Mei yang lepas, aku berpeluang untuk mengikuti Kursus Bahasa Arab bagi pelajar yang membuat persiapan ke timur tengah(Mesir, Jordan, Marrocco, Madinah dan beberapa negara lagi). Dan bersyukur juga pada Allah Taala kerana di pertemukan dengan sahabat-sahabat baru semasa berada di sana.





Bak kata orang, manusia yang paling kaya di dunia ini adalah manusia yang paling ramai bilangan sahabatnya. Ini kerana dengan bersahabat ramai, seseorang itu dapat mengenali perbagai karenah dan ragam manusia di muka bumi ini.

Dan setinggi kesyukuran juga di ucapkan pada Ilahi keran masih lagi memberi peluang untuk diri ini mendalami kembali bahasa yang kalau sekiranya di bangku sekolah dahulu di anggap sebagai bahasa yang paling tidak di minati, yakni bahasa arab. Bahasa yang cukup mulia di pandangNya, kerana ia merupakan bahasa bagi penghuni syurga kelak.

Namun bukan kelebihan bahasa arab menjadi topik pilihanku kali ini, tetapi perihal seorang sahabat yang padaku cukup mengajar aku erti hidup ini. Yang mana beliau mempunyai pemandangan yang jauh dalam hidupnya, yang menjadikan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan peribadi. Subhanallah, begitu mulianya peribadi pemuda ini. Di kesempatan ini, aku ingin berkongsi pengalaman aku sebulan bersama beliau.
Namanya Mamat (bukan nama sebenar), merupakan seorang pelajar lepasan Maahad Tahfiz Sains di sebuah tempat di negeri Kelantan. Dan merupakan salah seorang dari 350 peserta yang mengikuti kursus bahasa arab bagi persediaan untuk ke timur tengah. Kalau di lihat dari segi penampilan dan kerenah luaran, beliau tidaklah banyak berbeza dengan remaja-remaja di zaman ini. Dan seperti yang kita ketahui, remaja sekarang kegilaan mereka terhadap bola sepak amat ketara, dan begitu jugalah dengan sahabat aku ini.

Tapi yang membuatkan aku terpegun dengan peribadinya adalah melalui cara beliau berfikir dan membuat pilihan hidup. Ianya dapat di lihat tika mana aku berbual dengan tentang asbabnya memilih untuk mendalami ilmu agama ini. Bermula dari seawal pilihan untuk menyambung pengajiannya dari sekoah rendah ke sekolah menengah. Pada mulanya beliau mendapat tawaran mengaji di sebuah sekolah arab terkemuka di kelantan, dan beliau telah pun belajar di sekolah tersebut selama 3 bulan. Namun pada masa yang sama dia telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di sekolah Maahad Tahfiz Sains. Jadi dia pun mengambil keputusan untuk bertukar ke sekolah tahfiz sains itu.

Aku bertanya kepadanya,

“kenapa enta bertukar ke sekolah Maahad Tahfiz Sains tu”

Jawab beliau dengan tenang.

“Ana memilih Maahad Tazfiz Sains ni kerana ana mahu menjadi seorang hafiz, kerana ana duk tengok-tengok masyarakat kampung ana xde lagi yang menjadi hafiz, ana cukup risau dengan keadaan ini.”

Sungguh terkejut diri ini bila mendengar jawapan dari remaja itu. Mana tidaknya, biasanya jawapan bagi orang yang memilih lapangan menghafal quran ini adalah untuk menjaga diri dari di jilat api neraka, untuk mengurniakan mahkota kepada ibu bapa mereka di akhirat kelak, atau dengan ayat yang lebih mudah adalah memikirkan untuk diri sendiri dan kerabat semata-mata.

Dan seterus tika mana beliau membuat pilihan dari melanjutkan pelajaran ke matrikulasi(dalam bahagian sains fizik) dengan mengambil STAM di sekolah agama negeri.

“Kenapa pula enta tidak menyambung terus kebahagian sains itu?” tanyaku.

“ana memilih untuk menduduki STAM ini kerana ana mahu menyambung pengajian ke timir tengah, untuk mendalami ilmu agama di bumi anbiya’ sana. Kerana bila ana perhatikan penduduk kampung ana belum ada lagi insan yang boleh di buat rujukkan takkala kita menghadapi kerumitan masalah agama”

Masyaallah, ketika itu juga aku merasakan bagai nak mengalir air mata ini tak kala mendengar jawapan sebegitu dari seorang remaja seawal usia 18 tahun. Dikala kawan-kawan seangkatan beliau berebut-rebut untuk menceburi bidang profesional, tapi beliau sanggup mengorbankan impiannya demi memikirkan masalah ummah. Namun bukan aku bermaksud ingin mengatakan bahawa bidang keprofesional ini. Tapi dalam keadaan masyarakat yang kurang mendalami ilmu agama, dan boleh di katakan ada sesetengah kampung yang tiada langsung insan yang boleh di jadikan tempat rujukan bagi permasalahan agama.

Namun begitulah lumrah hidup ini, bila mana pemikiran seseorang itu telah di pandu oleh hidayah Allah, semua benda yang di fikirnya melampaui pemikiran manusia biasa. Dan mungkin bagi sesetengah orang, keadaan sebegini di anggap seperti kebiasaan sahaja, namun bagiku ia cukup mengajar aku dalam membuat pemilihan dalam hidup ini.

Dan setinggi-tinggi kesyukuran ku ucapkan pada Yang Esa kerana di pertemukan aku dengan seorang hambanya yang sebegini. Moga sedikit sebanyak cara beliau berfikir dapat membantu aku untuk lebih mengerti apa itu kehidupan.

“Ya Allah, pertemukanlah kepadaku hamba-hambaMu(yakni seorang sahabat) yang soleh dan solehah sepanjangku mengharungi hidup ini demi mendekatkan diri ini kepada Mu, Amin Ya Rabb. Robbana atina fiddunya hasanah, wafil akhiratil hasanah,wa qina aazabannar”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers