
Mengapa mereka perlu menjadi mangsa?
ALOR SETAR 15 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan menggunakan kaedah dan pertimbangan yang tidak membebankan rakyat dalam proses untuk menyelaraskan subsidi.
Beliau berkata, penyelarasan itu antara lain bertujuan menjimatkan perbelanjaan kerajaan yang bakal memberi pelbagai kebaikan seperti mengukuhkan lagi kedudukan kewangan negara dan mengurangkan defisit fiskal.(di sini)
Kenapa setiap kali bercakap soal pengurangan defisit perbelanjaan rakyat bawahan mesti yang paling awal merasakan kesannya? Mengapakah bila menyetuh tentang penjimatan perbelanjaan negara, orang bawahan harus menerima kesannya?
Bukan aku bertujuan untuk mengistiharkan perang terhadap
semua ini, dan aku pun faham, dalam kita bermasyarakat, susah senang harus di pikul bersama. Namun yang menjadi persoalannya, mengapa hanya bila negara mengalami kesusahan baru rakyat bawahan harus terlibat sekali, mengapa tidak ketika kerajaan dalam kesenenangan, atau memang dalam kamus pemerintahan karajaan Malaysia sekarang, istilah kesenangan itu sudah luput di telan kroni?
Namun, mahu tak mahu, suka tak suka, itulah sikap pemimpin tertinggi kerajaan aku sekarang. Yang mana bila mereka memperkatakan tentang penjimatan, rakyat kelas bawahan terpaksa menelan hempedu terlebih dahulu, namun bila soal kemewahan, pemimpin kelas atasanlah yang selalunya menerima madu yang manis itu.
Contohnya dalam situasi terbaru ini, kerajaan mengumumkan terpaksa menyelaraskan harga bagi sesetengah bahan mentah yang sudah menjadi keperluan utama rakyat jelata, contohnya gula dan minyak masak, dengan alasan untuk menjaga kesihatan (bagi gula) dan penggunaan bahan bakar berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat. Atau dengan kata lain, dengan penyelarasan harga barang ini, kerajaan dapat mengurangkan melebihi RM750 juta tahun ini dan mengimbangi defesit kewangan negara.
Alhamdulillah, aku rasa sangat bertuah bila memiliki pemimpin negara bersikap sedemikian, yang cakna pada keadaan rakyat. Bab kata pepatah, senang sorang-sorang, susah semua kena tanggung.
Apabila pemimpin negara mula bermewah-mewah tetapi rakyat bawahan terpaksa menderita
“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).
Kita seringkali mendengar atau membaca cerita tentang bagaimana sikap khalifah Umar Abdul ketika mana beliau di angkat menjadi seorang khalifah. Yang mana segala kesenangan yang di gayakan oleh khalifah sebelum beliau smuanya di ubah :
1. merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal
2. memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah
3. menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.
4. menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran
Dan sikap seperti beliau ini sudah tidak dapat di lihat lagi pada tubuh badan pemimpin kita sekarang, terutama pada point 1,2 dan 3. Kerana kita boleh tengok gelagat pemimpin kita kini, baru setahun memegang jawatan penting dalam negara, dari yang berumah teres bertukar ke rumah banglo, dari yang berkereta kancil bertukar ke kereta BMW 7 series dan pelbagai lagi ciri kekayaan mengagungkan mereka.
Berbeza dengan keadaan rakyat biasa, yang dalam keadaan susah, makin menjadi susah, kerana di paksa untuk menanggung perbelanjaan pemimpin-pemimpin besar negara yang melawat ke sana ke sini, yang membeli itu ini, dan melakukan segala keborosan demi memenuhi nafsu serakah mereka.
“ Apabila dipersia-siakan amanah, maka tunggulah kehancuran, maka baginda ditanya : Bagaimana mensia-siakannya?” Aapabila diserahkan amanah kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran”. [ Riwayat Bukhari ]\
Benarlah hadith nabi ini,bila mana kita memberikan amanah kepada mereka yang tidak

sepatutnya, maka kita jugalah yang pasti akan merasakan kesannya itu. Ayuh sahabat-sahabat sekalian, kita muhasabah kembali perbuatan kita, tingkahlaku kita dalam memilih orang untuk memimpin diri kita dalam menuju kearah jalan yang di redhai oleh Allah. Ayuh kita ubah sekiranya kita sudah tersilap dalam memilih mereka yang sepatutnya memimpin negara kita, demi keamanan dan kesejahteraan hidup bersama.
p/s : teringat kata2 seorang sahabat dekat fb, 1 Malaysia, rakyat di dahulukan. Yang mana membawa maksud rakyat yang kena dulu tanggung kesalahan pemimpin, heee