Pages

Monday, August 30, 2010

Sireh Pulang ke Gagang : Rumah Terbuka AMAL Aidilfitri 1431 H


Insyaallah pd Syawal yg dinantikn ini..Alumni Maahad Muhammadi (AMAL) sperti biasa akn mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri AMAL 2010.

Shabat2 bekas plajar MML,MMP,MMPP dijemput hadir..

Tidak dikenakn sebarang bayaran..Utk KEHADIRAN (NAMA,NO.HP,KAMPUS,Skolah n BATCH) sila respon secepat yg mungkin sbelum 6hb9 2010 UTK MEMUDAHKAN KERJA

Sebarkn...syukran

"Berkonsepkan Rumah Terbuka (Santai)"

RESPON KEHADIRAN

KEPADA:

RASYADAN:0133440625

FASIHAH: 013-2503256


Tuesday, August 17, 2010

Ifthor Jam'ie AMAL

Salam alaik, perhatian kepada semua bekas pelajar Maahad Muhammadi Lelaki, Maahad Muhammadi Perempuan, Maahad Muhammadi Perempuan Pasir Pekan. Di jemput untuk menghadirkan diri ke majlis Ifthor Jam'ie AMAL. Maklumat untuk ifthor adalah seperti berikut :

Hari : Isnin
Tarikh : 6 september 2010 bersamaan 27 ramadhan 1431 h
Tempat : Dewan MGU Kota Bharu Kelantan.
Yuran : RM5

sebarang pertanyaan boleh di ajukkan kepada ajk terlibat :
Hisyam : 0133084196
Fathiah : 0199595489

Sila sebarkan kepada rakan-rakan sekalian, pakat mari lakow la tuh.

"Kerana AMAL kita bertemu, kerana ISLAM kita bersatu"

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan



Seketika membiarkan gambar berbicara







Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Kepada Semua Pembaca Sekalian, Moga Ramadhan Kali Ini Lebih Baik Dari Yang Sebelumnya.

credit to : RF POWER MAGBET

Friday, August 6, 2010

TETAMU YANG DI RINDUI v2

Tetamu itu semakin hampir, sedikit perkongsian sebagai persiapan untuk menyambut Ramadhan.

Perkara yang harus di jauhi sepanjang berpuasa:

1. Hendaklah menjaga mata daripada memandang perkara-perkara yang dicela oleh agama yang mana akan melalaikan hati serta jauh dari mengingati Allah.

2. Hendaklah memelihara lidah dari berbohong, bercakap dusta, bermusuh-musuhan dan membangga-bangga diri.

3. Hendaklah menjaga telinga dari mendengar perkara-perkara yang tidak baik dan haram, kerana Allah menyamakan mendengar perkara yang haram itu seperti memakan yang haram.

4. Menghindarkan anggota badan yang lain dari berbuat dosa dan perkara-perkara yang dilarang.

5. Jangan makan terlalu banyak ketika berbuka sampai penuh perutnya.

6. Hendaklah hati kita itu merasa goncang antara harap dan cemas setelah selesai berbuka sebab kita tidak tahu apakah puasa kita itu diterima oleh Allah atau ditolak.

"اَلصِّيَامُ جُنَّةٌ مَالَمْ يَخْرِقْهَا بِكَذِبٍ اَوْ بِنَمِيْمَةٍ."

Maksudnya : " Puasa itu adalah perisai selama ia tidak dirosakkan dengan sebab berbohong atau mengumpat ".

"لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشُّرْبِ إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفْثِ."

Bermaksud : " Bukanlah berpuasa itu menahan diri daripada makan dan minum sahaja, akan tatapi berpuasa itu juga menahan diri daripada berkata-kata dengan perkataan-perlataan yang kotor dan kata-kata kesat ".

Moga sedikit sebanyak yang dapat di kongsi ini dapat membant kita semua menjalani ibadah puasa yang sempurna sepanjang ramadhan tahun ini.

~Ahlan Ya Ramadhan~

Wednesday, August 4, 2010

TETAMU YANG DI RINDUI v1



Alhamdulillah, sedar tak sedar seminggu lagi kita akan di kunjungi oleh sang tetamu yang amat mulia pada kehidupan kita. Kedatangannya itu di sertai oleh 1001 kebaikan, kemulian, keampunan dan juga kerahmatan dari yang Esa.

Kebaikkan

Seperti yang pernah di sabdakan oleh junjungan besar Muhammad s.a.w. yang bermaksud :

“ Di berikan kepada umatku 5 kelebihan yang tidak di berikan kepada umat terdahulu, iaitu mulut orang yang berpuasa lebih harum baunya di sisi Allah daripada bau kasturi. Para malaikat memohon keampunan untuk mereka sehingga mereka berbuka puasa. Setiap hari pula Allah sentiasa menghiasi syurga dan berfirman : ‘sedikit masa lagi hamba-hambaKu yang soleh akan terlepas dari mereka beban yang kesakitan dan mereka akan menuju kedalammu (syurga Ku). Para syaitan pula di gari dan mereka tidak mampu melakukan apa yang meraka buat di waktu lain. Kemudian mereka semua (orang yang berpuasa) akan di ampun sehingga akhir malam.’ Di Tanya kepada Rasulullah s.a.w. ‘wahai Rasulullah, apakah ia malam Lailatulqadar?’ jawab baginda, ‘ Tidak, tetapi orang yang beramal akan di berikan ganjaran jika laksanakan amalannya.” ( diriwayatkan Iman Ahmad dalam musnab)

“Apabila tiba bula Ramadhan, segala pintu rahmat di buka, pintu neraka di tutup dan di rantai semua syaitan” (di rekod oleh Bukhari dan Muslim)

Kemuliaan

Firman Allah taala yang bermaksud :

“ Bulan Ramadhan yang di turunkan padanya Al-quran” (Al-baqarah : 185)

“Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan” ( Hadis riwayat Ibnu

Majah)

Keampunan

Sabda baginda s.a.w. yang bermaksud :

“Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan maka di ampun dosanya yang telah lalu” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

“Barang siapa yang bangun pada waktu malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan hanya mengharapkan pahala, maka Allah s.wt. akan mengampun dosanya yang telah lalu” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitulah Allah telah menyediakan satu bulan kepada hambanya untuk memadu kasih denganNya, berkhalwat denganNya, memohon keampunan dariNya dan meminta segala-galanya dariNya.

Jadi apakah patut bagi kita menyambut tetamu yang begitu mulia ini tanpa melakukan apa-apa persiapan. Jika hanya kerana seorang perdana menteri mahu membuat kunjungan ke rumah atau kampung kita, kita rela menghabiskan beribu-ribu duit demi menyediakan kelengkapan bagi menyambut mereka, apakah tetamu yang di muliakan Allah ini mahu di sambut tanpa apa-apa persediaan dari kita?

Jadi bersediakah kita untuk menyambut tetamu yang mulia itu?

~Ahlan Ya Ramadhan~

Monday, August 2, 2010

Mereka Adalah Mereka

Ya, mereka boleh mengubah pendekatan mereka,

Ya, mereka boleh mengubah pertuturan mereka,

Ya, mereka boleh mengubah imej mereka

Tapi mereka adalah mereka,


Ya, kita tidak boleh menafikan kebaikkan mereka,

Ya, kita tidak boleh menafikan kebijaksanaan mereka,

Ya, kita tidak boleh menafikan keterbukaan mereka,

Tapi mereka adalah mereka,

Ya, kita boleh terima hujah mereka,

Ya, kita boleh terima ustaz mereka,

Ya, kita boleh terima fasi mereka,

Tapi mereka adalah mereka,


Yang mana masih menjadikan perlembagaan persekutuan sebagai kitab mereka,

Yang mana masih menjadikan bangsa sebagai agama mereka,

Yang mana masih menjadikan Islam bebanan perjuangan mereka,

Jadi mereka adalah mereka,


Yang mana memisahkan Politik Dengan Islam,

Yang mana melupakan perjuangan ulamak-ulamak silam.

Yang memperjuangkan bangsa melayu melebih agama islam.

Ingatlah sahabat-sahabat sekalian,

Jangan sesekali terpedaya,

Mereka adalah mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers