Erti sebenar kehebatan pemimpin
Seorang pemimpin yang hebat dan terbilang bukanlah mereka yang berjaya mendirikan bangunan beribu-ribu tingkat, dan tidak juga mereka yang berjaya menukarkan padang pasir yang kering kepada sebuah kepulauan yang menarik, namun yang di katakan pemimpin yang hebat adalah mereka yang berjaya membentuk atau melahirkan suatu generasi selepasnya yang mantap.
Ini terbukti pada pimpinan yang di tunjukkan oleh baginda besar Muhammad saw. Banginda bukan sahaja berjaya menjadi pemimpin yang cekap dalam ilmu peperangan, amanah dalam pentadbiran, bijak dalam berurusan, malahan baginda berjaya melahirkan suatu generasi yang mantap yang mana bersedia untuk menggantikan kepimpinan baginda di suatu masa nanti.
Contoh generasi terbaik yang di tinggalkan oleh baginda adalah 4 orang sahabat utama, yakni saidina Abu Bakar ra, Saidina Umar Al-Khattab ra , Saidina Usman Bin Affan ra dan Saidina Ali Bin Abi Talib ra. Generasi ini merupakan suatu generasi yang begitu hebat pernah di lahirkan oleh seorang pemimpin, di mana dari generasi inilah kitab al-quran telah di bukukan, 2/3 dunia telah di kuasai oleh islam dan pelbagai lagi.
Begitu juga yang belaku pada zaman pemerintahan Hassan Al-Banna dalam gerakkan Ikhwan Muslim. Beliau tidak menitik berat sangat berkaitan dengan pembangunan material pada pemerintahan beliau, namun beliau menjadikan pembangunan insan menjadi objektif utama perjuangan beliau, contoh generasi yang berjaya di lahirkan oleh Hassan Al-Banna adalah, Syaikh Muhibbudin Al–Khatib (seorang ahli hadis dan tokoh Jamaah Ansharus Sunnah), Syaikh Amien Al-Husaini (Mufti Palestin), Syaikh Dr Mustafa As-Siba'i (ahli hukum, intelektual dan tokoh pejuang Palestin), Syaikh Muhammad Al-Faraghy (patriot besar yang hanya mahu meninggalkan Iskandariah bila al-Banna yang menyuruhnya, bukannya British dengan segala kekuatan tentaranya).
Itulah penilaian yang sepatutnya kita tetapkan dalam pemilihan seorang pemimipin.
Bila Material Yang Menjadi Keutamaan
Namun berbeza dengan situasi di zaman kini, mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai pemimpin sekarang lebih sibuk berlumba-lumba untuk menjadikan pembangunan material melebihi pembangunan insan.
Apa sumbangan kamu ketika memegang tampuk kepimpinan dahulu?
Dengan pantas mereka menjawab “ menara berkembar tertinggi di dunia”
Ada juga yang menjawab “litar perlumbaan kereta termewah di dunia”
Bahkan lebih teruk adalah “pusat hiburan paling berprestij di dunia”
Begitulah jawapan bodoh sombong yang selalu keluar dari mulut mantan sang pemimpin. Maka tidak peliklah kalau kita lihat makin hari kehidupan rakyat jelata makin susah, makin hari sifat kejahilan pada diri rakyat di bawah pimpinan mereka makin terserlah, dan makin hari sikap orang bawahan mereka menyamai golongan yang tidak bertamadun.
Kenaikkan harga petrol, gas, diesel dan gula mana mungkin terjadi sekiranya pemimpin ini menjadikan pembangunan insan sebagai objektif pemerintahan mereka. Bahkan ini semua tidak lain kerana pembangunan metarial yang di sertai dengan sikap tamak para pemimpin.
“mereka kata mahu menghapuskan kemiskinan, tetapi sebenarnya, mereka mahu menghapuskan rakyat yang miskin” DSAI
Inilah kata-kata yang paling sesuai di padankan dengan sikap sesetengah pemimpin sekarang. Apa bukti mereka mahu menghapuskan kemiskinan sekiranya saban tahun keperluan umum di naikkan cas bayaran, sedangkan pada masa yang sama, pendapatan orang miskin masih di takuk lama.
Ayuh kawan-kawan, kita memuhasabah kembali, siapa yang patut kita jadikan pemimpin, mereka yang menjerumuskan kita kearah kesenangan sementara atau mereka yang boleh memastikan kesenangan kita selama-lamanya.
p/s: turunkan yang naik, naikkan yang turun