Mungkin ramai di kalangan kita, terutama di kalangan anak muda mengambil sikap berkecuali dalam mendalami ilmu sejarah ini. Kerana bagi mereka, sejarah merupakan suatu subjek atau mata pelajaran yang membosankan. Yang mana padanya hanya membincangkan soal tarikh, gelagat manusia, dan juga pergolakkan politik. Juga biasanya sejarah ini hanya di labelkan sebagai subjek untuk bakal peguam, hakim dan ahli politik semata-mata.
Namun tepatkah pernilaian mereka terhadap skop dan kepentingan ilmu sejarah itu, atau mereka hanya sengaja mencipta alasan untuk tidak mendekati disiplin ilmu ini?
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"umat islam yang baik adalah mereka yang tidak akan jatuh ke lubang yang sama untuk kali keduanya".
