Pages

Saturday, April 30, 2011

Mereka Umpama 'Cina Buta'

Umpama seorang lelaki yang gila bayang (meroyang) untuk memiliki kembali perempuan yang di cerainya (dengan talak tiga) sebelum ini, begitu jugalah kondisi yang melanda puak-puak Najib dan UMNOnya dalam memujuk PAS menyertai mereka dalam memastikan jangka hayat hidupnya dapat di panjangkan walaupun hanya untuk seketika. Pelbagai alasan di kemukakan, perlabagai gambaran buruk di tayangkan, yang kononnya PAS sekarang menjadi mangsa kepada DAP dan PR untuk melaksanakan undang-undang islam, dan hanya dengan bersatu dengan UMNO sahaja cita-cita PAS untuk melaksanakan undang-undang islam dapat di capaikan.

Di canangnya DAP itu sekali-kali tidak memperjuangkan islam, tapi pada masa yang sama UMNO jugalah parti pada masa yang samanya merendah-rendahkan martabat islam.

Di canangkan pula PKR itu parti yang di pimpina

n oleh pemimpin yang ‘lucah’, tapi pada masa yang sama, UMNOlah yang membenarkan pelakon ‘lucah’ memegang jawatan dalam Negara.

Satu persatu undang-undang Islam di cabul oleh golongan-golongan ini, dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara. Hukum judi yang terang-terangnya di haramkan oleh Allah cuba di halalkan oleh mereka dengan menyediakan lesen secara sah. Sumpah laknat yang tidak pernah wujud dalam undang-undang islam di jadikan pendekatan untuk menuduh seseorang berzina.

Tidak cukup dengan menghina undang-undang Allah, puak ini juga terus menindas hukum dunia yang di cipta oleh mereka sendiri, yakni membenarkan penyebaran video lucah secara berleluasa tanpa sebarang setakat oleh pihak berkuasa bahkan di beri perlindungan lagi pada mereka yang menyebarkan video itu.

Begitula betapa teruknya identiti yang di miliki oleh UMNO sekarang ini, satu persatu keburukkan sikap yang di tonjolkan oleh golongan ini demi mencapai matlamat mereka untuk terus menguasai kerajaan di Malaysia. Dan hanya mereka yang buta hati sahaja akan tertipu dengan perancangan buruk UMNO ini. Dan ingatlah wahai pemimpin-pemimpin UMNO sekalian akan firman Allah ini :

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. ~Ali Imran 26~

Wednesday, April 13, 2011

Pesanan untuk warga Kelantan di perantauan: Jaga imej & perjuangan berteraskan Islam

Sesungguhnya perjumpaan sesama anak Kelantan bukanlah kerana perkauman. Sebaliknya, ia adalah perjumpaan atas sifat fitrah manusia untuk beramah-mesra. Malah perjumpaan akan terasa lebih seronok, apabila dapat bercakap-cakap dalam loghat Kelantan.
Demikianlah kelebihan orang Kelantan ke mana sahaja mereka pergi, imej dan identiti itu dibawa dan diamalkan.

Sementara itu, ada lagi kelebihan yang masyhur bagi orang Kelantan, iaitu sentiasa ada ‘tok guru’ walau ke mana sahaja mereka pergi. Ia ada kaitannya dengan budaya ilmu yang sentiasa hidup sehingga terkenal sebagai masyarakat yang suka ‘mengaji’ walau ke mana mereka pergi. Maka kerana ingin berguru dan mengaji ramai orang Kelantan ke Tanah Arab (Mekah , Mesir) atau ke Negara Barat (Amerika, England, Australia) dan lain-lain lagi.

Kesan daripada kelebihan itu, didapati ramai orang Kelantan kini menduduki jawatan penting dalam pelbagai bidang. Termasuklah juga, agak ramai menjadi pegawai dan kakitangan di pelbagai jabatan Kerajaan, khususnya di pejabat Kerajaan di Putrajaya.
Oleh kerana itu, apa yang penting bagi orang Kelantan ialah pakat jaga dan kekalkan kelebihan yang ada itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers