Pages

Monday, May 30, 2011

Antara Hudhud dan Kerbau.

Satu artikel menarik yang di tulis oleh Ustaz hasrizal melalui websitenya (saifulislam.com) yang bertajuk “Jangan Bunuh Hudhud itu”. Bagi penulis artikel ini banyak mendidik ahli sesebuah gerakkan Islam untuk menjadi mereka yang berfikiran kritikal, thinking out of the box bukannya menjadi seorang ahli yang pasif, yang hanya tahu menerima arahan dan menyalahertikan konsep wala’.

Selain itu, bagi penulis, artikel ini juga menyediakan teguran secara tidak langsung kepada sesetengah pimpinan gerakkan Islam yang tindakkan mereka tidak langsung menggambarkan sikap nabi Sulaiman a.s. dalam menghadapi kebijaksanaan ahli bawahan. Yang mana mereka lebih minat mencantas dari menilai idea ahli bawahan itu.

Seperti yang telah di ceritakan oleh Allah melalui firmannya yang bermaksud :

“Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata: “Mengapa aku tidak melihat burung Hudhud? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir? Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir. Burung Hudhud itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman): “Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari Negeri Saba’ dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya” [Surah al-Naml 27: 20-23]

Wednesday, May 18, 2011

Bijaklah Dalam Memilih : Piliharaya Permata.


Demam pilihanraya mula melanda bumi Mu’tah. Masing-masing dengan penuh bersemangat berkempem untuk memperkenalkan calon pilihan hati masing-masing, kemunculan Fan Page dalam Facebook seumpama cendawan tumbuh selepas hujan, ada yang di kenali, ada juga yang tidak di kenali, kononnya malu untuk memperkenalkan diri (low profile), dan tidak kurang juga ada yang mengata itu merupakan strategi tersendiri dalam memancing undi.

Namun bukan itu yang ingin penulis tekankan dalam tulisan ini, tapi penulis lebih terarah untuk menyentuh sikap penyokong atau pencadang mahupun ahli pada sesebuah persatuan, bermula dari saat melantik pemimpin (membuat pemilihan dalam mencalonkan pemimpin, berkempem untuk calon pemimpin, dan memilih pemimpin), bekerja bersama pemimpin dan adat dalam berpesatuan.

Melantik Pemimpin :

1- Dalam keghairahan kita untuk melantik mahupun mencadang

Wednesday, May 11, 2011

Ayuh Kembalikan Roh Islam dalam arena politik Malaysia

Islam, hanya sekadar agama atau merupakan suatu cara hidup yang lengkap bagi umat islam? Bagi penulis, persoalan ini merupakan anacaman kecelaruan indentiti di kalangan umat islam itu sendiri, bukan setakat golongan awam, bahkan virus kecelaruan ini turut menyerang golongan cerdik pandai dan alim ulama’ di kalangan umat islam itu sendiri.

Ramai yang cuba menyamakan ISLAM itu sebagaimana mana agama-agama lain, yang tidak lebih dari suatu agama anutan yang melibatkan penyembahan kepada tuhan semata-mata, sebagaimana agama Buddha (sekadar contoh, dan beberapa agama lain yang hanya melibatkan penyembahan kepada tuhan mereka semata-mata).

Namun pada hakikatnya Islam merupakan suatu agama yang sempurna, bukan hanya melibatkan hubungan khalik dengan makhluk, bahkan melibatkan semua urusan dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini. Dari sekecil-kecil perkara seperti saranan untuk melangkah masuk ke dalam tandas sehinggalah dalam sebesar-besar aspek seperti pemerintah sesebuah Negara, semuanya termasuk dalam aturan islam. Atau dengan kata yang lebih mudah, islam itu merupakan suatu cara hidup (The Way of Life) , kepada penganutnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers