“Dalam kehidupan ini, kita perlu satu timeframe yang khusus untuk menghadapi sesuatu. Tanpa persiapan dan persediaan yang rapi, kita mungkin akan tersungkur atau gagal mencapai kejayaan yang sempurna. “ – syeikh Muhammad Abduh -.
Dan ianya seumpama mereka yang bakal menjejakkan kaki ke institut pengajian tinggi, tanpa persiapan dan persediaan yang rapi, seseorang itu berisiko besar untuk kecundang dalam pengajiannya. Adapun kalau mereka mampu untuk menamatkan pengajian itu, mungkin hanya bergelar graduasi tahap kedua sahaja.
Begitulah juga kita sebagai seorang muslim dalam menghadapi bulan Ramadhan, tanpa persiapan yang rapi, kebarangkalian untuk kita gagal untuk mengharungi Ramadhan itu sangat tinggi.
1- Kita mungkin mampu puasa, tapi sekadar puasa orang awam.
Menurut Imam al-Ghazali dalam bukunya Ihya Ulumuddin, tingkatan puasa diklasifikasi menjagi tiga, yaitu puasa umum, puasa khusus, dan puasa khusus yang lebih khusus lagi.