Pages

Tuesday, October 25, 2011

Seketika Membiarkan Gambar Bebicara














A156

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (QS 2:155)

Mutah,
22 September 2011.

Friday, October 21, 2011

Antara TAULIAH, HUDUD dan HIMPUN....

Himpunan sejuta Ummat (HIMPUN), bakal menghimpunkan sejuta orang umat islam di seluruh Malaysia bagi menzahirkan suara, sikap dan respon balas umat Islam di Malaysia terhadap siri percubaan memurtadkan umat Islam serta mencemarkan kemuliaan dan kesucian agama Islam di bumi Malaysia.

Begitulah penulis di fahamkan tentang objektif utama HIMPUN di adakan, namun timbul sedikit keraguan di benak penulis bila membelek kembali peristiwa-peristiwa yang mendorong kearah kewujudkan gejala pemurtadan di kalangan umat Islam di Malaysia, masakan tiada angina pokok boleh bergoyang, paling tidak pun ada monyet yang menggoyangkannya.

Namun bukanlah niat penulis untuk membangkang mahupun menghalang HIMPUN di adakan, tapi adalah lebih baik untuk kita sama-sama memuhasabah kembali setiap peristiwa yang lepas bagi mengenal pasti punca mengapa gejala murtad makin berleluasa di kalangan umat Islam di Malaysia sekarang ini.

Bermula dengan kes Natrah, kemudian beralih kepada Aisyah Bukhari, seterusnya Lina Joy dan terbarunya seorang janda menerima bantuan dari sebuah gereja untuk menampung ke hidupan sehariannya sekeluarga (antara beberapa contoh kes murtad/ kearah memurtadkan orang Islam yang mendapat tumpuan di Malaysia).

Bagi penulis setiap satunya mempunyai asbab tersendiri mengapa gelaja ini boleh terjadi, namun bukan niat penulis untuk menutup mata terhadap usaha-usaha musuh Islam untuk memurtadkan orang islam. Tetapi factor yang kita sering terlepas pandang atau sama sekali tidak mahu pandang, iaitu kelemahan dan ketidak seriusan orang Islam (bermulalah dari penganut biasa sehinggalah pemimpin tertinggi Islam tersendiri) dalam mempertahankan kesucian Agama Islam serta memantapkan Aqidah setiap penganutnya.

Kekuatan musuh a.k.a. Nightmare terhadap Jalan Dakwah.

Kita sering menjadikan kekuatan musuh sebagai mimpi ngeri kita dalam mengharungi kehidupan sebagai pendakwah, kalau pun tidak, factor ini selalu di jadikan ia sebagai halangan utama untuk menjaga kesucian dan memantap Aqidah penganut Islam di Malaysia.

Kita sering memperkatakan perihal sumbangan yang di hulurkan oleh pihak gereja kepada seorang janda di Selangor, namun kita lupa untuk melihat kepada kelemahan institusi zakat kerajaan negeri dalam mengagihkannya, sehinggakan golongan yang sepatutnya mendapat bantuan zakat dari pihak kerajaan berubah seperti mereka yang mahuk

Selain itu, kita juga sibuk memperkatakan tentang sikap kurang ajarnya segelintir golongan pemilik gareja mengajak orang islam mengunjung ke sana, namun pada masa yang sama, kita menjadikan masjid sebagai tempat ekslusif yang hanya menjadi tempat solat semata, padahal masjid pada realitinya merupakan suatu tempat pemusatan kepada orang islam, tidak kiralah dalam bab keilmuan, sosial bahkan menjadi tempat pemusatan siasah dalam kehidupan orang Islam.

Tidak cukup dengan itu, golongan agamawan juga turut menjadi mangsa terhadap sikap ekslusif sesengah jabatan agama ini. Tauliah seolah-olah menjadi penyekat kepada tersebarnya agama Islam di Malaysia. Mana tidaknya, statistik terkini di negeri Selangor, bilangan penganut Islam di sana adalah 3, 162, 576 orang yakni 57% daripada jumlah keseluruhan rakyat Selangor, namun bilangan golongan ustaz yang di beri tauliah hanya seramai 84 orang.

Jadi, manakan mungkin dengan jumlah penerima tauliah yang bergitu kecil nisbahnya dapat menampung bilangan besar umat Islam di Selangor ini.

Bab kata Saidina Umar r.a. “ aku tidak gentar dengan kekuatan musuh, namun apa yang aku takuti adalah, perbuatan maksiat di kalangan umat Islam”

Hudud

Kita mahu orang bukan Islam menghormati agama kita, tapi pada masa yang sama kita sebagai penganut Islam sendiri masih ragu-ragu dengan ketinggian agama kita. Contohnya dalam soal hudud, berapa ramai yang masih ragu-ragu akan keberkesanan mahupun keadilan hukum hudud terhadap situasi jenayah yang berlaku di Malaysia.

"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah. –Dato’ Seri Najib Razak (Malaysiakini)

Jadi bagaimanakah kita mahu mengharapkan perhormatan dari golongan non-muslim terhadap agama Islam, sedangkan pada masa yang sama, kita sebagai penganut Islam masih lagi ragu-ragu akan ke’gah’an agama kita sendiri.

Sehubungan dengan itu, bagi pendapat penulis secara peribadi, HIMPUN bukanlah cara terbaik untuk mengembalikan kesucian agama Islam dan seterusnya mengelakkan dari berlakunya gejala murtad di kalangan umat Islam di Malaysia. Kerana bagi penulis, punca utama bagi permasalahan ini bukanlah pada kekuatan musuh, namun kelemahan yang ada pada diri kita, yang mana kita sering ulang dan ulang dalam kehidupan kita.

Oleh itu, di kesempatan ini, punulis mengambil pendekatan berbeza dengan HIMPUN untuk mengatasi gejala murtad dan memurnikan kembali kesucian agama Islam di Malaysia. Antarnya:

1-Menerapkan kefahaman dan kejituan Aqidah umat Islam bermula dari akar umbi lagi, bermula dari sekolah rendah.

2-Mengembalikan kegemilangan institusi Masjid sebagai tempat pemusatan Ilmu dan nadi utama dalam kehidupan orang Islam.

3- Melahirkan generasi celik dan cintakan Al-Quran.

4- Membaiki institusi keagamaan dalam masyarakat ; contohnya dalam bab zakat dan tauliah.

5- Golongan ulamak hendaklah di menjadi suara umat bukan hanya sekadar mereka yang melengkapkan majlis untuk tujuan membaca doa.

6- Agama Islam bukan lagi hak milik ekslusif, tetapi hak milik manusia sejagat.

Rujukan : Dr Maszle Malek, FB Ameerah, Malaysiakini.

Tuesday, October 11, 2011

Berjamaah itu Lebih Baik.

Solat itu berat untuk dilaksanakan. Tetapi berat lagi solat berjamaah. Lagilah berat untuk menyusun saf dalam jamaah. Begitulah, berjuang itu susah. Tetapi susah lagi berjuang secara berjamaah. Lagilah susah untuk menjadi tentera yang tersusun, taat dan wala' kepada jamaah. Sukar dimengertikan, diterima dan dilaksanakan kecuali oleh orang yang dimudahkan oleh Allah dengan kurniaan 'khusyu' dan insaf'. –Ust Nik Abduh Nik Abdul Aziz-

Bagi penulis, amat tepat kata-kata yang di ungkapkan oleh Ust Nik Abduh ini, ramai yang mampu bersolat, namun tidak ramai yang mampu bersolat secara berjemaah, kerana untuk memenuhi tuntutan solat berjamaah itu banyak memerlukan pengorbanan, kesungguhan yang jitu dan kepatuhan yang tinggi.

Ini kerana, untuk solat bersendirian, seseorang itu tidaklah perlu meluangkan masa apatah lagi menepati masa untuk bergegas ke masjid mahupun surau yang terdekat bagi menyahut seruan azan. Namun apa yang perlu mereka lakukan adalah mengambil wudu’ dan mendirikan solat secara berseorangan.

Selain itu, untuk menunaikan solat secara berjamaah, seseorang itu juga perlu berdisiplin dan bersabar dalam mengikuti iman untuk menyempurnakan solat. Jika panjang bacaan iman, maka lamalah mereka perlu berdiri untuk menghabiskan solat mereka. Itu baru menyentuh bab solat secara berjemaah, belum lagi menyentuh tentang susunan saf sewaktu mendirikan solat.

Dan begitu jugalah aturannya dalam kehidupan sang pejuang. Ramai yang sanggup menginfakkan diri mereka dalam berjuang (berdakwah) di jalan Allah, namun amat sedikit yang sanggup berjuang secara berjemaah apatah lagi menjadi tentera yang tersusun, taat dan wala’ kepada Jemaah.

Meletakkan diri sebagai seorang pejuang untuk sesuatu Jamaah amat berat tuntutannya, mana tidaknya, bila kita berada dalam sesebuah Jemaah, kita haruslah wala’ dengan pemimpin atasan kita, gerak kerja pun haruslah tersusun. Berbeza dengan mereka yang berjuang secara bersedirian.

Kelebihan berjuang secara berjamaah

Namun seperti juga perbezaan ganjaran yang lebih besar bagi mereka yang melalukan solat berjamaah berbanding solat bersendirian, begitu jugalah kejayaan yang di kecapi oleh golongan pejuang yang berjuang secara berjemaah di bandingkan mereka yang berjuang secara bersedirian.

Jikalau kelebihan solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih baik dari mereka yang bersolat bersendirian, begitu jugalah berjuang secara berjemaah, kejayaannya lebih tinggi berbanding berjuang secara bersendirian. Seperti mana firman Allah taala yang berbunyi :

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh.” (QS 61:4)

Selain itu, dengan berjuang secara berjamaah, seseorang itu dapat melengkapi antara satu sama lain dalam melaksanakan tugasan berdakwah, kerana setiap orang pasti mempunyai kepakaran berbeza dalam menjalani kehidupan mereka. Ada yang mampu becakap, tapi kurang dalam bab pengurusan, ada pula yang hebat bersiasah, tapi lemah bab tarbiyah dan begitulah sebaliknya. Jadi bila mana kepakaran ini di kumpulkan setempat, mereka akan di lihat seakan-akan sempurna, kerana mereka saling melengkapi antara satu sama lain.

Kesan bila meninggalkan Jamaah dalam perjuangan

Namun begitu, bilamana seseorang pejuang itu mengambil sikap ‘beruzlah’ dari jamaah dalam perjuangan mereka, maka mudahlah untuk diri mereka terdedah pada penarikan diri dari berdakwah. Ini kerana bila seseorang itu bergerak secara bersendirian, mereka akan mudah tewas bilamana bertubi-tubi ujian menerpa mereka. Sepertimana firman Allah taala yang bermaksud :

dan orang-orang Yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan Pembela bagi setengahnya Yang lain. jika kamu (Wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri Yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan Yang besar” (QS 8:73)

Dan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :

“Tidaklah 3 orang di suatu desa atau perkampungan yang tidak mendirikan solat sesama mereka melainkan syaitan akan menguasai mereka. Maka kalian harus berjemaah kerana serigala hanya akan memangsakan kambing yang liar berseorangan. Sesungguhnya serigala bagi manusia adalah syaitan, apabila hanya berdua lantas akan dimakannya “ *(1)

Oleh itu, penulis menyeru kepada diri sendiri terutamanya dan seterusnya kepada pembaca sekalian supaya menjadi seorang pejuang mahupun pendakwah yang bergerak secara berjamaah, ini bertujuan untuk memudahkan dan menyempurnakan gerak kerja untuk menegakkan agama Islam di muka bumi ini.

Ya, mungkin kita merasa seribu satu kesulitan bila mana kita bergerak secara berjamaah, mana tidaknya, sikap wala’ harus ada menandakan peranan kita sebagai pengikut, berkerja perlu mengikut arahan dan pelbagai lagi kesulitan yang kita perlu tempuhi jika mahu di bandingkan dengan berjuang secara bersendirian (yang mana gerak kerja dan perancangannya berpandukan kepala kita semata-mata). Namun ketahuilah untuk menjadi seorang pentarbiyah yang terbaik, seseorang itu haruslah bersedia untuk mentarbiyah diri sendiri terlebih dahulu.

(1) Maksud hadith dari Abu Darda radiallahu-anhu, riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Khuzaimah dan lain-lain, dengan tambahan baris terakhir oleh Imam ar-Ruzain; hadith dinilai hasan oleh Shaikh Nasiiruddin Albani dalam as-Sahih at-Targhib wat Tarhib lil Mundziri, 1/244.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers