Pages

Tuesday, November 29, 2011

أضواء البيان في إيضاح القرآن بالقرآن

المؤليف
محمد الأمين بن محمد المختار بن عبد القادر الجكني الشنقيطي مفسر مدرس من علماء شنقيط (موريتانيا). ولد وتعلم بها. وحج (1367هـ) واستقر مدرسا في المدينة المنورة ثم الرياض، وأخيرا في الجامعة الاسلامية بالمدينة (1381هـ) وتوفي بمكة سنة (1393هـ).
حياته و وفاته
ولد في 17 فبراير 1905 مدينة تنبه في موريتانيا، حيث نشأ يتيماً فكفله أخواله وأحسنوا تربيته ومعاملته، فدرس في دارهم علوم القرآن الكريم والسيرة النبوية المباركة والأدب والتاريخ، فكان ذلك البيت مدرسته الأولى. ثم اتصل بعدد من علماء بلده فأخذ عنهم، ونال منهم الإجازات العلمية. عُرف عنه الذكاء واللباقة والاجتهاد والهيبة. اجتهد في طلب العلم فأصبح من علماء موريتانيا، وتولى القضاء في بلده فكان موضع ثقة حكامها ومحكوميها
توفي بمكة بعد أدائه لفريضة الحج في 10 يناير 1974 الموافق 17 ذو الحجه 1393 هـ. وصلي عليه بالمسجد الحرام، ودفن في مقبرة المعلاة بمكة. وصُلي عليه صلاة الغائب بالمسجد النبوي الشريف.
رحلته
خرج سنة 1367 هـ للحج، وكانت رحلة علمية صحبه فيها بعض تلاميذه وقد أورد تفاصيل هذه الرحلة المثيرة الشيخ محمد صالح المنجد، واستقر مدرساً في المسجد النبوي، فبلغ صيته جميع أنحاء المملكة السعودية فاختير للتدريس في المعهد العلمي بالرياض سنة 1371 هـ، وأصبح عضواً بارزاً في معهد القضاء العالي بالرياض سنة 1386 هـ. امتد نشاطه خارج المملكة ففي سنة 1385 هـ، سافر إلى عدد من الدول الإسلامية للدعوة إلى الله.
كان من أوائل المدرسين في الجامعة الإسلامية سنة 1381 هـ، ثم عين عضواً في مجلس الجامعة، كما عين عضواً في مجلس التأسيس لرابطة العالم الإسلامي، وعضواً في هيئة كبار العلماء 8/7/1391 هـ

مشايخه
الشيخ محمد بن صالح
  الشيخ أحمد الأفرم بن محمد المختار الجكني.
 الشيخ محمد بن النعمة بن زيدان
 الشيخ أحمد بن عمر
 الشيخ أحمد فال بن آدُّو الجكني
الشيخ أحمد بن مُودْ الجكني

تلاميذه
للشيخ تلاميذ كثيرون في بلاده وفي المسجد النبوي والرياض ولا يمكن إحصاؤهم، منهم على سبيل المثال: الإمام عبد العزيز بن باز درس عليه في المنطق والشيخ العلامة عطية سالم والشيخ العلامة حمود بن عقلاء الشعيبيوالشيخ العلامة حماد الأنصاري والشيخ عبد الرحمن بن عبوده بل قد درس عليه في المعهد العلمي مثل الشيخ العلامة محمد صالح بن عثيمين والشيخ عبد الرحمن البراك والشيخ بكر أبوزيد وغيرهم الكثير الذين درسوا عليه في الجامعة والمعهد ودروسه في أنحاء المملكة.

المناهجه في تفسير
·      التفسير القراءن بالقراءن (من خلال ايات أخرى)
·      التفسير القراءن بالأحاديث النبوي (المأثور)
·      موجود فيه التفسير القراءن بالرأي (لكن قليل فقط)
 


Sunday, November 27, 2011

Hijrah, tujuan dan penghayatan


Bila mendekati satu Muharam, ramai antara kita sibuk memperkatakan tentang peristiwa hijrah yang yang berlaku keatas nabi Muhammad saw dan orang islam di awal kemunculan Islam dahulu. Namun yang menyedihkan, perbincangan itu lebih tertumpu pada perkara sampingan pada penghijrahan Nabi Muhammad saw,.

Betulkah peristiwa hijrah itu berlaku di awal bulan Muharam? Berapa ramaikah merekaang terlibat dan beberapa perkara remeh lagi untuk di bincangkan. Tapi mereka atau kita sendiri seakan-akan terlupa pada objektif sebenar peristiwa hijrah itu. Yakni untuk melebarkan lagi agama Islam ke seluruh pelusuk dunia.

Di samping itu, peristiwa penghijrahan ini juga banyak menyediakan seribu satu pengajaran dan perkongsian yang amat berguna bagi mereka yang berfikir. Visi misi, strategi dan pembahagian tugas yang tepat , merupakan antara intipati penting dalam menjayakan proses penghijrah ini.

Visi dan Misi

Seperti yang kita maklum, Visi hijrah nabi ini adalah untuk menegakkan kalimah tauhid di muka bumi Allah itu. Dan bagi mencapai tujuan yang besar ini, baginda telah menyusun beberapa misi yang khusus, antaranya adalah hijrah ini. Dengan adanya sebuah visi dan misi yang jelas, mudahlah untuk seseorang atau sesebuah organisasi itu melaksanakan gerak kerja bagi mencapai matlamat perjuangan mereka.

Strategi yang mantap

Pemilihan Abdullah bin Uraiqit sebagai penunjukkan sebelum memulakan perjalanan merupakan contoh awal yang menunjukkan betapa bijaknya Rasulullah saw. Seperti yang di catatkan oleh Dr Mustafa as-Syibaie dalam kitab Sirah Nabawiah durusu wal ibru
“Abu Bakar mengupah Abdullah bin Uraiqit ad-Dhaili, seorang musyrik Mekah untuk menjadi penunjuk jalan ke Madinah. Dengan syarat dia mengelakkan jalan yang biasa di ketahui dan menggunakan jalan lain yang tidak di ketahui oleh kafir Quraisy”

Meminta Ali r.a. sebagai pengganti tempat tidur Baginda saw sebagai contoh memberi gambaran betapa tersusun dan bijaksananya strategi yang guna pakai oleh Rasulullah saw sebelum memulakan episod sebuah penghijrahan. Selain dapat mengelirukan musuh-musuh Islam, baginda saw juga dapat menyelamatkan diri dari di bunuh oleh pakatan musyrikin Mekah ke atas baginda.

Pemilihan teman yang bersefahaman atau sefikrah juga memainkan peranan penting untuk menjayakan proses penghijrahan ini. Contohnya sebaik sahaja Baginda saw meninggalkan rumahnya pada malam itu, baginda terus bergerak kerumah Abu Bakar ra bagi mengajaknya menjadi teman seperjalanan dalam hijrah tersebut. Kerana dengan tersilap membuat pemilihan dalam mengambil teman seperjuangan, strategi yang mantap boleh bertukar menjadi mimpi buruk dalam proses ini. Contohnya dalam filem “Ali Baba Bujang Lapok” pasti anda dapat lihat kebijaksanaan ketua penyamun mengatur strategi, namun dia gagal membawa bersamanya teman yang memahami kehendak bosnya. Maka apabila dia menyanyikan lagu, teman-temannya turut menyanyi, lalu rosaklah program dan strategi yang diatur.

Pembahagian tugas yang tepat

Pengagihan tugas kepada Aishah dan Asma’ sebagai penyedia makanan juga memainkan peranan penting dalam membantu proses penghijrahan ini. Dengan adanya kedua puteri Abu Bakar ini, beliau dan nabi Muhammad saw dapat meneruskan kelangsungan hidup semasa berada di gua selama 3 hari itu.

Selain itu, semasa berada di dalam gua, bersama-sama Rasulullah saw dan Abu Bakar ra adalah Abdullah bin Abu Bakar. Beliau (Abdullah bin Abu Bakar) di tugaskan sebagai mata-mata di kalangan orang musyrikin Mekah bagi mendapatkan maklumat sekira terdapat perancangan buruk golongan ini terhadap nabi Muhammad saw.

Ibrah Hijrah dalam kehidupan kini.

Tanpa Visi dan misi yang jelas, strategi yang mantap dan pembahagian tugas yang tepat, sudah pasti akan mewujudkan seribu satu halangan dalam mencapai matlamat akhir yang di tetapkan oleh kita. Sama ada dalam kehidupan seharian, dalam perjuangan, dalam bidang dakwah dan apa-apa bidang sekali pun.

Contoh yang penulis cuba bawakan adalah dalam kehidupan seorang dai’e, jika mereka tiada visi dan misi yang jelas dalam berdakwah, maka mereka akan menempuhi seribu satu kesulitan dalam berdakwah. Mereka mungkin akan cepat give-up bilamana mad’u yang menjadi sasaran mereka tidak menjadi seperti yang mereka harapkan.

Begitu juga dalam mengatur strategi, tanpa strategi yang ampuh, pasti setiap perancangan kita akan menemui kegagalkan dalam pelaksanaanya. Contohnya dalam berjuang atau berpolitik. Bila terdapat kepincangan dalam strategi kita, mudah untuk musuh mematahkan setiap serangan kita, seperti yang di gambarkan dalam kata-kata Saidina Ali ra yang kita maklum:
“Kebenaran tanpa perancangan akanditewaskan oleh kebatilan yang berperancangan.”

Dan terakhir adalah dalam pembahagian tugas. Ini juga memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Contohnya, setiap manusia Allah tidak mengurniakan kelebihan yang sama. Mungkin ada yang pandai bercakap, tapi tidak pandai menulis, ada yang pandai mengatur strategi, tapi lemah dalam bercakap dan begitulah sebaliknya. Maka menjadi kezaliman bagi seseorang itu melantik Ronaldo sebagai pemain bola jaring.

Persoalannya, adakah setiap kali kita menyambut awal muharam, 3 perkara ini (paling kurang) manjadi penghayatan kepada kita? Atau kita sememangnya lebih suka untuk membincangkan (berdebat) akan perkara sampingan yang tidak membantu kita menghayati hakikat sebenar sebuah penghijrahan yang di bawa oleh baginda besar Muhammad saw dan sahabat-sahabatnya ketia itu. Penulis yakin masing-masing sudah ada jawapannya.

Jadi untuk lebih memaknakan lagi sambutan kita pada kali ini, marilah kita berazam untuk menjadi umat yang bijaksana (ulul albab) dalam menjalani hidup ini bersesuaian dengan kehendak Islam. Insaflah kalau sekiranya kehidupan kita hari ini tidak ubah sedikit pun dari kehidupan semalam. Marilah kita memulakan langkah perubahan ini, biarlah langkah awal kita ini di penuhi dengan seribu satu kecacatan, tapi percayalah tanpat langkah pertama, tidak akan lahir langkah kedua, ketiga mahupun seterusnya.

Salam 1 Muharam 1433 Hijrah
Hisyam Ahmad
Mutah , Jordan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers