Pages

Saturday, December 31, 2011

2012 : Tahun Kebangkitan Anak Muda

Seketika Membiarkan Gambar Berbicara
 Revolusi Tunisia








Revolusi Mesir








 Revolusi Libya





 Occupy Wall Street






 Kebangkitan Mahasiswa (anak muda) Malaysia.











 Dan pastinya kebangkitan ini bukan berhenti setakat tahun 2011 sahaja.....

 Ayuh bangkit anak muda, sesungguhnya perjuangan ini kamu yang tentukan.
Dan janganlah kamu lupa, kamu adalah penentu masa depan negara kamu pada 10 tahun akan datang.
Bangkitlah!
Bangkitlah!
dan 
Teruskan Kebangkitan ini.




Selamat datang tahun 2012, tahun kekalahan Barisan Nasional.
(Meminjam kata-kata keramat Ustaz Hasrizal Abdul Jamil)

Hisyam Ahmad
Mut'ah Jordan.
31 Disermber 2011 @ 6 Safar 1433h


Friday, December 30, 2011

Antara Adat dan Ibadah


Adat resam dan bangsa melayu, dua perkara yang tidak dapat di pisahkan. Bahkan adat sangat berpengaruh dan menjadi perkara yang di utamakan dalam kehidupan mereka, sehinggakan muncul satu pepatah yang berbunyi, “ Biar mati anak, jangan mati adat”

Kelahiran 

Bermula dari kelahiran, hinggalah kematian, adat sangat memainkan peranan penting dalam menjayakan upacara-upacara tersebut. Bermula dari saat sang ibu mengandung, mengikut adat melayu, mereka haruslah mengikuti upaca melenggang perut yang mana ianya bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut.

Kemudian pula bila sampai saat kelahiran, sang bayi akan di sambut dengan upacara menyambut kelahiran. Mengikut adat dan kepercayaan Melayu, barang-barang persiapan untuk menyambut kelahiran bayi seperti peralatan bayi, buaian, mandian dan pakaiannya tidak boleh disediakan selagi kandungan ibu belum mencukupi lima bulan. Ini kerana dikhuatiri sesuatu yang buruk akan menimpa bayi tersebut, seperti keguguran ataupun mengikut kepercayaan akan dicuri Orang Bunian.  

Perkahwinan

Apabila sang anak meningkat dewasa pula, sudah semestinya mereka teringin untuk berumah tangga. Bermula dari merisik, bertunang, belanja , akad nikah sehinggalah bersanding, semuanya tidak lepas dari adat-adat orang melayu. Contonya, upacara yang paling popular dalam tempoh ini adalah bab belanja dan penghantaran. Dek kerana kebanyakkan anak perempuan kini ramai terdiri daripada golongan berpendidikan, maka nilai mas kahwin juga akan di nisbahkan pada taraf pendidikan itu. Semakin tinggi tahap pendidikan anak gadis itu, maka semakin tinggilah jumlah hantaran dan mas kahwin yang di tetapkan.

Kematian

Dan yang paling akhir sekali adalah bila melibatkan kematian. Antara upacara adat yang di lakukan oleh masyarakat melayu adalah meletakkan sebuah kacip pinang melintang di atas kain yang menutupi mayat itu, di tengah antara perut dengan dadanya. Tujuan ianya dibuat begitu, ialah kononnya untuk menegah mayat itu daripada dilangkah hantu atau syaitan.
 
Kemudian selesai sembahyang mayat, biasanya diedarkan sedekah berupa wang atau benda contohnya seperti kain pelekat kepada mereka yang telah menyembahyangkan mayat itu tadi.
Dan yang terakhir sekali, dari zaman-berzaman hingga ke sekarang ini telah dijadikan adat resam Melayu mengadakan kenduri arwah, pada hari-hari ketiga, ketujuh, keempat belas, keempat puluh dan keseratus kemudian selepas hari mati itu dan kadang kala setiap tahun mengadakan kenduri arwah sebagai tanda memperingati si mati sambil mensedekahkan doa-doa yang merupakan rezeki atau makanan mereka di hari akhirat.

**********
Namun, pernahkah kita terfikir, apakah adat resam masyarakat melalui ini bertepatan dengan tuntutan agama kita, yakni agama Islam. Contohnya dalam bab menyambut kelahiran, benarkah sekiranya kita membeli barangan bayi sebelum mencukupi 5 bulan tempoh pengandungan sang ibu akan membawa bencana kepada sang bayi?

Bukankah perkara ghaib itu di luar keupayaan kita?

Apabila Adat membebankan ibadat

Begitu jugalah dalam soal perkahwinan dan kematian. Bila adat di dahulukan, maka akan lahirlah ketidak selesaan atau beban kepada umat Islam menjalankan ibadat. Perkara yang mudah akan di rasakan susah.
Contohnya dalam hal perkahwinan, sebagaimana yang kita ketahui, mendirikan masjid merupakan salah satu ibadat yang di tuntut dalam islam, bahkan ianya menjadi penghalang untuk seseorang Muslim itu berbuat maksiat kepada Allah. Seperti mana sabda Rasulullah saw :

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"
(Riwayat Muslim, Kitab Nikah)

Mengikut pandangan ulamak, yang di maksudkan berkemampuan di sini adalah berkemampuan dari sudut perkahwinan, bukannya berkemampuan untuk mengikut adat resam yang sangat berat yang telah di tetapkan oleh masyarakat setempat.

Samalah jua dalam bab kematian, asalnya memberi sedekah itu suatu ibadah yang di tuntut oleh Allah, namum membayar upah untuk orang melakukan sembahyang mayat itu membebankan keluarga si mati, bahkan ianya di larang oleh agama dalam mengupah orang dalam melakukan ibadah.

Bahkan samalah juga dalam bab kenduri arwah, mungkin tidak menjadi kesalahan untuk seseorang itu melakukan kenduri arwah demi memperingati ahli keluarganya meninggal dunia, namun tiada dalil dalam agama Islam yang mengkhususkan masa untuk melakukan ibadat kepada Allah. Contohnya dalam kenduri arwah, menjadi adat resam orang melayu menentukan waktu yang khusus untuknya, seperti malam ke tiga, malam ke tujuh, malam ke empat belas, malam ke empat puluh dan malam ke seratus. Bukankah hanya Allah yang berhak untuk menentukan tempoh-tempoh itu dalam melakukan ibadat.

Baik di sisi kita tidak semestinya baik di sisi Allah

“Ala ustaz ni, sibuk je nak menegur orang yang nak beribadah kepada Allah, yang terang-terang buat maksiat tu tidak pula di pedulikannya”

Dialog yang biasa kedengaran bila mana seseorang ustaz mahupun ahli ibadah di tegur ketika mana mereka beribadah tanpa bersumberkan dalil-dalil yang khusus dari Al-Quran mahupun As-Sunnah. Namun betulkah hujah mereka ini, apakah mereka terlupa akan sebuah hadith yang menceritakan bagaimana baginda menegur tiga orang sahabat yang mahu berlebih-lebihan dalam melakukan ibadat.

Ada kisah tiga orang sahabat yang mendatangi rumah istri-istri Rasulullah demi menanyakan bagaimana beliau Shalallahu ‘alaihi wa Sallam beribadah. Setelah mereka bertiga diberitahu tentang hal tersebut mereka merasa minder, lalu berkata, “Kita ini siapa dibandingkan dengan Rasulullah?! padahal beliau seorang yang telah diampuni dosa-dosanya baik yang lalu maupun yang akan datang.”
Kemudian salah seorang dari mereka bertiga berkata, “Kalau begitu aku akan shalat malam terus menerus (dan tidak tidur).”

Yang satunya lagi berkata, “Adapun aku, aku akan berpuasa seharian penuh dan tidak berbuka.”

Yang lainnya lagi berkata, “Kalau aku, aku akan memisahkan diri dari wanita dan tidak akan menikah selamanya.”

Kemudian Rasulullah mendatangi mereka seraya bertanya, “Apakah kalian yang tadi berkata demikian dan demikian?!. Adapun aku, demi Allah, sungguh aku adalah orang yang paling takut dan bertakwa kepada Allah di antara kalian. Akan tetapi bersamaan dengan itu, aku berpuasa dan aku pun berbuka. Aku shalat dan aku pun tidur. Aku pun menikah dengan para wanita. Dan siapa saja yang tidak suka dengan sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.”
(HR. Muslim).

Bukankah melalui hadith ini kita dapat lihat, baginda Rasulullah saw bukan sahaja menegur mereka yang melakukan maksiat, bahkan baginda juga menegur di kalangan ahli ibadah yang melampau-lampau dalam melakukannya.

Islam telah di sempurnakan

Lalu, atas alasan apakah lagi golongan ini mahu menegakkan hujah-hujah mereka. Bukankah Allah telah berfirman :

“……..pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. ……..” (Al-Maaidah 5:3 )
Dan sabda Rasulullah saw :
عَنْ أُمِّ المُؤْمِنِيْنَ أُمِّ عَبْدِ اللهِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْ هِ
وَسَلَّم : (( مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ )) . رواه البخاري ومسلم وفي روایة لمسلم: ((مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَليهُ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
Daripada Ummu Al-Mukminin Ummu Abdullah ‘Aisyah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya, maka ia tertolak.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim.)

Hisyam Ahmad,
Mu’tah Jordan.
30/12/2011 @ 5 Safar 1433h

Friday, December 23, 2011

MALUkah kita pada syaitan?

Seperti yang kita semua sedia maklum sebelum ini, syaitan dan iblis merupakan musuh yang nyata bagi orang beriman, ini telah di rakamkan oleh Allah dalam firmanNya yang berbunyi:

 “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”
                                                                                                                      (Al-Baqarah 208)

Dan iblis jugalah yang menjadi makhluk yang pertama mengzahirkan sikap penderhakaannya kepada Allah takkala mereka di perintahkan menyembah Adam a.s.

“Dan (Ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," Maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.”
                                                                                                                     (Al-baqarah   34)

Hal ini menunjukkan betapa teruk dan hinanya kedudukan syaitan dan iblis ini di sisi Allah. Namun kita kekadang terlepas pandang sikap positif yang di miliki mereka. Tentu ada yang tertanya-tanya, syaitan pun ada nilai positif juga ke dalam tingkah laku mereka? Ha! Cuba teka, apa sikap atau nilai positif yang terdapat pada mereka, siapa yang dapat jawab dapat jawab dengan tepat, penulis hadiahkan seposen untuk dia…..


“Iblis menjawab: "Karena Engkau Telah menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).” (Al-Aaraf  16,17)


Bukankah dalam ayat ini telah terbukti menunjukkan betapa istiqomah dan semangatnya para syaitan dan iblis untuk menyesatkan anak cucu Adam a.s. sehingga mereka sanggup memikirkan apa jua bentuk strategi atau jalan untuk di laksanakan bagi terus menyesatkan anak cucu Adam a.s. Sedangkan kita ini Allah telah pun memberi jaminan yang kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaanNya walaupun dengan malaikat sekali pun.

“Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”(At-tin            4)
 
Namun apakah sudah cukup dengan pujian Allah itu membuatkan kita terus  hanyut di buai dunia yang fana’ dan padanya terdapat 1001 penipuan yang terang lagi nyata ini. Atau adkah kita masih lagi mengambil sikap menyalahi Sang Pencipta kerana menciptakan syaitan yang hanya banyak mendatangkan keburukkan dari kebaikkan? Atau masih terdapat secebis prasangka terhadapNya kerana menolong syaitan dalam melaksanakan misinya.


Lupakah kita pada hukum alam yang telah menjanjikan kejayaan kepada sesiapa yang gigih dan tekun  berusaha, dan tidak mustahillah kenapa syaitan dan iblis lebih Berjaya mencapai misi mereka berbanding kita yang di kurniakan akal ini(tapi malas untuk memanfaatkannya). Begitu juga dengan sekutu-sekutu mereka(musuh-musuh islam), betapa tekun mereka memerhati dan memikir jalan yang terbaik bagi membuatkan orang islam semakin jauh dengan agama mereka, dari sekecil-kecil perkara, hinggalah sebesar-sebesar perkara. Yang muda di hidangkan mereka dengan budaya hiburan yang melampau, yang tua pula di sediakan gusti-gusti yang cukup bertenaga dan boleh dikatakan setiap lapisan masyarakat tidak terlepas dari perancangan busuk mereka ini.



Jadi tidakkah kita malu pada sikap syaitan, iblis serta sekutu-sekutunya begitu rajin berusaha dalam menjayakan misi depa…..

Hisyam Ahmad,
Mu'tah, Jordan.
23/12/2011 @ 28 Muharam 1433h

Friday, December 16, 2011

Manisnya "TeguranMu" ini.


Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta."   (Surah Al-Ankabut 29: Ayat 2-3)

Apa perasaan anda setiap kali di ‘tegur’ oleh orang yang anda paling sayangi? Marah? Suka atau tiada apa-apa perasaan langsung?

Namun, penulis yakin, pastinya perasaan gembira akan di rasai oleh seseorang itu bila mana mereka di tegur oleh orang yang paling di sayangi dalam hidup mereka, walau sepahit mana teguran itu di hulurkan.
Dan begitu seharusnya perasaan yang perlu kita ada bila mana kita mendapat ‘teguran’ dari pencipta kita, Allah swt. Kerana, bagi orang mukmin, setiap ujian yang di kirim Allah kepadanya adalah sebagai wasilah bagi makhluk untuk mendekati penciptanya.

Mungkin tanpa ujian mahupun dugaan dari pada Allah, manusia terkadang lupa untuk menadahkan tangan untuk berdoa kepadaNya, apatah lagi untuk mengalirkan air mata di dua pertiga malam bagi bermunajat kepadaNya.

Semakin di sayang, semakin di uji

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan ini, semakin dekat seorang hamba itu dengan tuhannya, semakin banyak ujian yang mendatangi mereka.  Kita boleh lihat apa yang di tempuhi dan di lalui oleh kekasih-kekasih Allah, yang terdiri daripada anbiya’, wali-wali dan mereka yang memperjuangkan agamaNya.

Allah berfirman kepada malaikat-Nya:"Pergilah kepada hamba-Ku. lalu timpakanlah bermacam-macam ujian kepadanya karena Aku mahu mendengar suaranya
(Hadis Riwayat Thabarani yang bersumber dr Umamah r.a)

Maka janganlah di tangisi mahupun di runguti bila mana ujian Allah mendatangi kita, kerana di sebalik ujian itu di sertakan kasih sayang Allah kepada hambaNya.

Mungkin sebelum di uji, kita tiada masa untuk mendampingiNya di dua pertiga malam.
Mungkin sebelum di uji, kita terlalu mengharapkan manusia dalam setiap kesusahan kita.
Mungkin sebelum di uji, kita lupa hakikat kejadian kita, yakni sebagai hambaNya.

Wahai tuhan, jangan Kau serahkan diriku ini kepadaku, aku tidak mampu menguruskannya, dan jangan Kau serahkan diriku kepada orang lain, kerana mereka akan mensia-siakan aku” Ali Zainul Abidin

Hisyam Ahmad,
Mu’tah Jordan,
16122011 @ 21 Muharam 1433h

Tuesday, December 13, 2011

‎[IKLAN MU'TAH CHARITY DINNER]- (McD video contest)

Assalamualaikum wbt

Berita baik untuk adik beradik PERMATA yang dikasihi,satu 
PERTANDINGAN akan diadakan sempena berlansungnya program M'CD,
serlahkan bakat anda di dalam 
"SHORT MOVIE CHARITY CONTEST"

"it's people like u who make this event success"

SYARAT2 PERTANDINGAN

- terbuka kepada seluruh ahli keluarga PERMATA & TERMASUK AJK2
pelaksana program McD
- durasi utk stiap video : 4 hingga 6 minit
- stiap video yg dihasilkan hendaklah bertemakan 
"UKHUWAH & KEBAJIKAN"
- xblh mnyentuh sentimen perkaumn dan isu2 yg sensitif
- tarikh ttup pertandingn pd 21/12/2011 (3 hari sblm mcD 
berlngsung)
- video hendaklah dihntar dalam bentuk softcopy (by hand)

TIGA filem pendek yang terbaik akan ditayangkan pada malam McD!!!
Sebarang pertanyaan dan penghantaran sila hubungi :

SYABAB
-Muhammad Syafiq bin Ibrahim 
(0779923437/fiq_8637@yahoo.com) 

AKHOWAT 
-Nor zazila binti zakaria 
( 0777317646/bintuzack_lala89@yahoo.com) 
-Azimah sumaiyah binti norzihaN 
(0779823093/azimah_sumaiyah@yahoo.com)

Sunday, December 11, 2011

Jenis-Jenis Tudung (tribute buat mereka-mereka yang selalu update fesyen bertudung)


orang semua cakap blog kak senduk ni asyik nak maki orang je...so sempena nak ramadhan ni akak nak cerita skit pasal tudung.


kita membesar dikelilingi oleh pelbagai jenis tudung...so ini adalah fesyen2 tudung yang akak pernah tengok sepanjang hidup akak...



cara pakai tudung ni mudah je...anak tudung..belasah je anak tudung apa...pin bawah dagu..kelepet tepi..amik cincin masuk ujung tudung tarik...siap..selalunya makcik2 banyak pakai style tudung ni....

tudung ni pulak mmg biase...makcik2 nak pi sebeleh umah ..kuar2 jalan2..tudung bawal katanya...ujung tudung selempang kiri dan kanan..siap...pantas....

ade satu masa tudung corak2 cam ni mmg populer...ape lagi amik tudung ikat ke ..ala2 mudah dan cepat...so makcik2...paling sesuai ketika hendak kepasar dan mengumpat dengan jiran sebelah...

ha macam ni pun ade..anak tudung ko terkeluar...kadang tu sampai tutup kening....ni ala2 x nak bagi nampak anak rambut katanya....ni yang menekankan penutupan aurat ni...

tudung mmg populer tahun 80an..tudung cikgu bedah katanya...ikat belakang...jalannnn...lalalala

bila dah masuk2 tahun 2000 tu..mula tudung wardina katanya...ikat..gulung2 kat kepala..nahhh sepit tepi muka..siap...wardina x muka akak?...

bila wardina punya tudung populer...ade lagi tudung baru..tudung binda katanya...nak jugakkk.... kannnn ala2 sebonjot kat tepi muka...chantek sangat aku....

then kuar pulak tudung kain jersi..ala2 getah..ko sarung je..siap...mudah cepat....macam2 kaler ade...pelangi..tompok2..ko cakap je...(dah macam jep sepah dah akak)

di gabungkan pulak dengan tudung lain..nampak kelainnan katanya...variasi katanya...yer kerr...

ni tudung ala2 mak datin...bagi nampak rambut...ala2 kelas tanya..bagi nampak remos....jambul...ko mampu?

pernah nampak orang pakai tudung cam ni?...ni ala2 fesyen penjual kain orang kampuchia...meniaga katanya ..panas...bagi nampak telinga..senang nak tawar menawar harga kain...bagi jelas dengor...

so wardina dah ade tudung...binda dah ade...so akak nak jugak...akak namakan tudung senduk...


langkah 1: amik tudung bace cerah..cream..warna light2..pakai cam biase...tudung bawal lagi bagus...


langkah 2: ikat kebelakang ujung tudung tu..jerut leher hingga muka bertukar menjadi biru...


langkah 3: amik tudung lain corak2...bendera juga boleh yer...


langkah 4: amik tudung warna tadi...letakkan di bawah dagu....ala2 nak gantung diri gitew


langkah 5: ikat mati di atas kepala..pastikan ketat...pastikan nak bukak mulut pun susah yer....


langkah 6: ikat reben..pastikan kemas...


tadaaaaaa...siap.......chantek kan...


nak cantek lagi letak keronsang..penambang gaya...dah siap tudung senduk....gaya ni mmg sesuai di pakai ketika majlis berjumpe bakal mertua...melawat saudara di hospital tampoi...


kalau nak cantek lagi..gunakan anak tudung putih dan tudung puteh sebagai warna asas....untuk aksesori..amik sedikit kapas sumbatkan ke dalam dua belah lubang hidung...

gaya ini sesuai untuk menghadiri majlis tahlil arwah dan majlis pengebumian...

sekian terima kasih


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers