ON AIR,
satu progam realiti TV terbaru di
perkenalkan oleh stesen televisyen berbayar terkemuka Malaysia, Astro kepada
masyakat. Yang mana bersiaran setiap hari rabu pada pukul 9 malam di saluran
Astro Ria (ch 104). Di mana rancangan ini bertujuan untuk mencukil bakat-bakat
baru dalam bidang pengacaraan dan seterusnya untuk melahirkan
pengacara-pengacara yang hebat untuk mengacara program-program di bawah
kelolaan Astro.
Apa yang
menarik minat penulis pada rancangan reality terbaru ini adalah bagaimana kesungguhan
dan kekretifan para pelatih dan penilai (juri yang terdiri daripada Aznil Haji
Nawawi dan Suhaimi Sulaiman ) dalam melahirkan seorang pengacara yang hebat dan
di terima oleh semua lapisan masyarakat.
Satu persatu
ujian di kenakan keatas para peserta ON AIR, bermula dari pengucapan awam, cara
berkomunikasi, lenggok badan semasa berhadapan dengan masyarakat, cara
berhadapan dengan kamera dan berbagai-bagai cabaran lagi. Dan semua ujian dan
cabaran ini adalah bertujuan satu, yakni untuk menggilap bakat-bakat peserta
yang tersimpan, dan seterusnya melahirkan pengacara yang hebat di masa hadapan.
Melihat akan
semua pendekatan yang di perkenalkan oleh realiti TV baru ini, terlintas satu
persoalan dalam benak pemikiran penulis, alangkah bagusnya kalau pendekatan
sebegini di guna pakai oleh para ilmuan islam dalam melahirkan ikon-ikon Islam
dan pendakwah dalam mendepani masyarakat.
Pendakwah di tolak : tidak berilmu atau kurang nilai tambah?
Sering kali kita
mendengar rungutan para pendakwah akan keengganan mad’u menerima penyampaian
mereka, namun persoalannya mengapakah semua ini terjadi, mengapa penyampaian
mereka di tolak oleh mad’u di luar sana?
Apakah ini semua
berpunca dari kurangnya ilmu para pendakwah?
Atau sebenarnya
kegagalan pendakwah mempesiapkan diri dari sudut kemahiran untuk berhadapan
dengan mad’u mereka?
“serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai
Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan
berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih
baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang
sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang
Yang mendapat hidayah petunjuk.” (An-Nahl
15:125 )
Melalui firman Allah ini, kita dapat
lihat bagaimana Allah telah menggariskan tiga perkara penting dan utama bagi
seorang pendakwah sebagai persiapan untuk berhadapan dengan mad’u mereka, yakni
Al-hikmah, mauizatul hasanah dan almujadalah bil husna.
Teringat satu komentar Aznil Haji
Nawawi kepada salah seorang peserta progam ON AIR, bilamana peserta itu tidak
menggunakan pendekatan yang hikmah ketikamana menebual seorang artis cilik
yakni Mia Sara. Pendekatan yang di gunakan oleh peserta program itu amatlah
tidak berhikmah bilamana beliau menggunakan istilah-istilah yang tinggi ketika
mana menemubual Mia Sara sehinggakan menimbul kepeningan pada pelakon cilik
itu.
Begitu jugalah kesilapan yang selalu
di lakukan oleh segelintir pendakwah ketika mana berhadapan dengan mad’u
mereka, gagal menggunakan istilah-istilah yang tepat dalam menyampaikan dakwah
mereka sehingga memeningkan mad’u mereka bahkan yang lebih teruk sehinggakan
menimbulkan fitnah kepada agama dek kerana kegagalan meletakkan sesuatu pada
tempatnya.
Ini kerana sebagaimana mana yang di
nyatakan oleh Sayyid Qutb, al-hikmah adalah kemampuan seseorang pendakwah untuk
memerhatikan reality setiap sasaran dakwah dan keadaan mereka lalu menyampaikan
Islam dengan cara yang paling sesuai, kepelbagaian cara bercakap dan isi
kandungan yang bersesuai dengan kadar akal dan pemikiran sasaran pendakwah,
tanpa memberatkan mereka dengan perkara yang belum mampu di pikul mereka. Ia tidak
di lakukan di atas dasar semangat yang berkobar-kobar semata-mata sehingga
terkeluar dari orbit al-hikmah. (Sayyid Qutb 1996, Fi Zilal al-Quran. Beirut :
Dar al-Syuruq, jil. 4, halaman 2202 )
Selain pendekat yang penuh berhikmah,
penampilan juga penampilan penting bagi seseorang pendakwah untuk menarik
perhatian mad’u mereka. Sebagaimana pentingnya persediaan penampilan diri bagi
setiap peserta ON AIR sebelum mana menemui orang awam di udara mahupun di
tempat-tempat program, begitu jugalah bagi seorang pendakwah. Bab kata Suhaimi,
penjagaan penampilan diri ini penting bagi setiap peserta ON AIR kerana mereka
adalah duta kepada Astro. Dan seharusnya lebih-lebih lagi untuk seorang
pendakwah, kerana mereka adalah duta kepada Islam.
Dan Allah pun suka akan kecantikkan,
sebagaimana sabda nabi Muhammad saw yang bermaksud :
“Allah itu cantik dan sukakan kecantikan”
(Hadith Riwayat Muslim)
Ini membuktikan tidak salah bagi
seseorang pendakwah itu menjaga penampilan diri mereka ketika mana mahu
berhadapan dengan masyarakat, bahkan Allah sangat menyukai mereka yang menjaga
kekemasan diri mereka.
ON AIR versi pendakwah.
Melihat beberapa persamaan antara pendakwah dan pengacaraan diatas,
terdetik di hati penulis untuk melihat bakal pendakwah akan datang mendapat
latihan dan pendedahan sebagaimana peserta reality ON AIR ini bagi
mempersiapkan diri mereka sebelum mana berhadapan dengan mad’u di lapangan.
Ini kerana tidak salah untuk kita mengambil contoh mahupun cara yang di
bawa oleh mana-mana pihak sekali pun (hatta ianya di bawa oleh musuh islam
sekali pun) selagimana ianya bermanfaat kepada gerak kerja Islam.
Sebagaimana sebuah hadith yang bermaksud:
“Hikmah laksana hak milik
seorang mukmin yang hilang. Di manapun ia menjumpainya, di sana ia mengambilnya”
(HR. Al-Askari dari Anas ra)
Wassalam
Hisyam
Ahmad
01032012 @
08 Rabiul akhir 1433h


3:17 AM
hisyam ahmad
Posted in:
0 comments:
Post a Comment